shaklee
Projek Beg Sekolah
Alhamdulillah pagi ni buat serahan #projekbegsekolah kepada pemohon persendirian. Belum semua penerima ada kat rumah tapi sebab rumah dah penuh dengan beg sekolah, hantar juga wakilkan kepada keluarga yang ada.
AzharAzfar memang ikut. Boleh jumpa kawan-kawan dan belajar erti hidup. Belum boleh lagi tinggal budak berdua ni kat rumah. Banyak eksperimen pulak kang. Ni pun cepat-cepat balik tunggu gdex hantar shaklee order kelmarin dan semalam. InShaAllah petang ni selepas solat Jumaat sambung lagi serahan beg ada beberapa lagi penerima.
Untuk serahan sekolah pula inShaAllah minggu depan edaran ke sekolah. Semoga dipermudahkan dan lebih banyak lagi dana dapat dikumpul. Sekarang masih memerlukan 100 lagi dana beg atas permohonan. Sumbangan dana projek beg sekolah masih dibuka lagi ye sehingga 30 Disember ni. Jom sumbang dan gembirakan anak-anak ni. Terbayang-bayang raut wajah gembira Ibu dan anak-anak ni tadi dapat beg sekolah. Ada Mak yang kata belum beli apa-apa pun untuk anak nak masuk sekolah ni. Kita pun tak sembang lama sangat nanti sendu sebak. Terima kasih kepada penyumbang dana.
Cuti ni AzharAzfar mang jadi bodyguard. Ikut hantar cod shaklee, pos shaklee dan ikut kelas shaklee juga. Kelengkapan sekolah semua dah setel tinggal beli buku sekolah je minggu depan.
Alhamdulillah puaslah balik kampung Johor Terengganu haritu kan walau rasa sekejap.
FB Page : Projek Beg Sekolah
Jom sumbang #projekbegsekolah
Jom #joinahlishaklee
#joinbisnesshaklee
Nur Sumiran
0177319335
jomvitamin.com
onsihat.com
1 comments:
شركة تنظيف خزانات بالدمام
شركة مكافحة بق الفراش بالجبيل
Post a Comment