Tuesday, December 13, 2016

Pokok Ranti / Sayur Ranti dan Khasiat

Pokok ranti ni dari Johor Mak semai, dah sampai ke Terengganu Mak. Mok Ganu pun suka makan daun ranti ni. Masak bening ke masak lemak labu ke tumis pedas pun sedap.



Tapi mungkin tak ramai yang tahu apa itu ranti. Orang Jawa panggil ranti atau kalau google leunca spesies tumbuhan terung-terungan. Ranti ni ada buah berwarna ungu disebut juga sebagai black nightshade atau biji ranti. Daun dan biji ranti ni boleh dimakan sedap tau. Kemecer.

Antara kandungan dalam daun dan biji ranti termasuklah kalsium, Vitamin A, Vitamin C, zat besi dan banyak lagi yang memberi manfaat sebagai sayuran dan kesihatan. Ia membantu sebagai antiradang, anti bakteria, anti kanser, analgesik, diuretik, masalah keputihan, mata kering, melancarkan darah, demam, batuk dan juga masalah pernafasan. 

Wah banyak juga khasiatnya selama ni tau makan je. Makan sayur ranti dengan gereh pon dah sedap tau bertambah-tambah nasi. Ni dah banyak hari tinggal tanaman kat rumah. Haraplah tak kering. Susah nak cari sayur ranti ni. Jarang ada juga kat pasar. 

p/s: Mak...anak pokok kelapa yang Mak bawakkan tanam kat Ganu dah keluarkan buah, Mak, menantu Mak suka sangat..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...