Monday, November 7, 2016

Buku Kartun Azhar Azfar

Pagi ni Azhar Azfar cuti sebab sukaneka semalam. Biasalah meja mama ni meja kembar juga. Jenuh ajak baca buku sekolah agama ada periksa petang ni. Tapi buku lain yang dorang ambik. Baca jugalah buku jawi tu tapi adalah kot sepuluh minit je.


Akhirnya mama pun baca sekali baca buku ni hihi. Seronok je baca buku kanak-kanak ni penuh imaginasi takde stress langsung. Baca pun dengan budak-budak jadi gelak jelah. Majalah kuntum tu pun banyak juga pengisian untuk pelajar. Ada komik, cerpen, latihan matematik tapi kalau untuk tahap kembar ni lebih suka tengok gambar hot wheels kat helaian belakang sekali majalah ni dan juga cerpen dan apa lagi kalau tak gunting, mama selalu jadi penyelamat majalah dan buku daripada jadi mangsa gunting. 

Sebelum tu habis juga baca novel Arif dan Iman. Tapi novel ni masih ditulis dan belum diterbitkan. Penulis minta saya komen plot penceritaan dan watak. Syabas untuk novel ini semoga berjaya hingga ke layar perak. Hihi nama pelakon pun kami dah siap bincang kalah produser dan penerbit.

Dari Kepala Batas ke New Haven tulisan Ashadi Zain juga mencuri hati ni. 
'Aku mahu menjadi burung. Aku mahu terbang melayang menerokai angkasa raya. Aku mahu bebas selama-lamanya.' 

Kembar ni lagi setengah jam nak pergi sekolah terlelap dengan baju sekolah...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...