Thursday, December 29, 2016

Set Kanak Kanak Vitamin Shaklee Untuk Azhar Azfar

Alhamdulillah esok kita joging lagi ye Azhar Azfar Twin. Minggu depan dah sekolah. Antara dua kembar ni Azhar paling konsisten dan suka makan vitamin. Untuk Mama Ayah pun dia yang selalu tolong ambilkan. Paling dia suka nutriferon dan meal shakes. Pantang restok baru kat rumah, dia excited nak buka walhal customer punya.



Teringat seorang Ayah ni konsisten belikan anak dia nutriferon untuk tonsil. Alhamdulillah dah tak demam, cumanya bila kat sekolah minum vitagen atau sirap tonsil naik bengkak. Sebelum ni pun alergik dengan kucing asyik bersin dan mudah selsema. Alhamdulillah sekarang dah kurang. Nak jaga pemakanan masa kat sekolah kadang susah kan budak-budak semua dia nak cuba. Ayah tu pun ambil meal shakes untuk sembelit anaknya 6 hari tak membuang. Gembira sungguh lepas je dapat meal shakes bancuh bagi anak minum terus lawas. Sekarang bukan takat anak dia yang kecil je minum, semua anak minum untuk selera makan. Alhamdulillah.

Saturday, December 24, 2016

Projek Beg Sekolah

Alhamdulillah pagi ni buat serahan #projekbegsekolah kepada pemohon persendirian. Belum semua penerima ada kat rumah tapi sebab rumah dah penuh dengan beg sekolah, hantar juga wakilkan kepada keluarga yang ada.



AzharAzfar memang ikut. Boleh jumpa kawan-kawan dan belajar erti hidup. Belum boleh lagi tinggal budak berdua ni kat rumah. Banyak eksperimen pulak kang. Ni pun cepat-cepat balik tunggu gdex hantar shaklee order kelmarin dan semalam. InShaAllah petang ni selepas solat Jumaat sambung lagi serahan beg ada beberapa lagi penerima.

Untuk serahan sekolah pula inShaAllah minggu depan edaran ke sekolah. Semoga dipermudahkan dan lebih banyak lagi dana dapat dikumpul. Sekarang masih memerlukan 100 lagi dana beg atas permohonan. Sumbangan dana projek beg sekolah masih dibuka lagi ye sehingga 30 Disember ni. Jom sumbang dan gembirakan anak-anak ni. Terbayang-bayang raut wajah gembira Ibu dan anak-anak ni tadi dapat beg sekolah. Ada Mak yang kata belum beli apa-apa pun untuk anak nak masuk sekolah ni. Kita pun tak sembang lama sangat nanti sendu sebak. Terima kasih kepada penyumbang dana.

Cuti ni AzharAzfar mang jadi bodyguard. Ikut hantar cod shaklee, pos shaklee dan ikut kelas shaklee juga. Kelengkapan sekolah semua dah setel tinggal beli buku sekolah je minggu depan. 



Alhamdulillah puaslah balik kampung Johor Terengganu haritu kan walau rasa sekejap.

FB Page : Projek Beg Sekolah
Jom sumbang #projekbegsekolah
Jom #joinahlishaklee
#joinbisnesshaklee

Nur Sumiran
0177319335

jomvitamin.com 
onsihat.com 

Friday, December 16, 2016

Pujuk Ayah Cuti lagi Dua Hari

Ayah kalau kita balik lagi dua hari boleh tak 

Ayah cepatlah kol boss Ayah mintak cuti lagi dua hari (kat Ganu) 

pantai teluk ketapang

Jumaat Sabtu Ahad Isnin Selasa ok kita balik Ahad minggu depan boleh tak Mama boleh lah boleh lah (kat Johor) 

gitu lah situasi kalau balik kampung. Belum sampai rumah sendiri dah ajak balik kampung lagi, erm korang ingat dekat ke. 

Boleh sangat, Azhar Azfar doalah mama ayah kaya boleh setiap minggu balik kg ziarah Nyai Yaei Nenek Tokki kan. 

azhar azfar dengan tokki

Simpan duit dari sekarang, nanti besar dah tak perlu nak bayar hutang belajar cam mama. Tak perlu ambil loan. Belajar sungguh-sungguh. Boleh pergi haji umrah masa muda. Boleh balik kg selalu. Azharazfar dah pandai jadi imam, azan, masak nasi, kemas rumah, cuci baju dah boleh kawin dah tau. 

Em kitorang kecik lagi lah (mama kena jeling). Ok ok kena jimat simpan duit jangan asyik nak beli mainan je. Mama ayah pun simpan duit tuk Azhar Azfar tau. Kata nak gi Mekah sama-sama. 

sarapan pagi dengan tokki


Tuesday, December 13, 2016

Pokok Ranti / Sayur Ranti dan Khasiat

Pokok ranti ni dari Johor Mak semai, dah sampai ke Terengganu Mak. Mok Ganu pun suka makan daun ranti ni. Masak bening ke masak lemak labu ke tumis pedas pun sedap.



Tapi mungkin tak ramai yang tahu apa itu ranti. Orang Jawa panggil ranti atau kalau google leunca spesies tumbuhan terung-terungan. Ranti ni ada buah berwarna ungu disebut juga sebagai black nightshade atau biji ranti. Daun dan biji ranti ni boleh dimakan sedap tau. Kemecer.

Antara kandungan dalam daun dan biji ranti termasuklah kalsium, Vitamin A, Vitamin C, zat besi dan banyak lagi yang memberi manfaat sebagai sayuran dan kesihatan. Ia membantu sebagai antiradang, anti bakteria, anti kanser, analgesik, diuretik, masalah keputihan, mata kering, melancarkan darah, demam, batuk dan juga masalah pernafasan. 

Wah banyak juga khasiatnya selama ni tau makan je. Makan sayur ranti dengan gereh pon dah sedap tau bertambah-tambah nasi. Ni dah banyak hari tinggal tanaman kat rumah. Haraplah tak kering. Susah nak cari sayur ranti ni. Jarang ada juga kat pasar. 

p/s: Mak...anak pokok kelapa yang Mak bawakkan tanam kat Ganu dah keluarkan buah, Mak, menantu Mak suka sangat..

Monday, November 7, 2016

Buku Kartun Azhar Azfar

Pagi ni Azhar Azfar cuti sebab sukaneka semalam. Biasalah meja mama ni meja kembar juga. Jenuh ajak baca buku sekolah agama ada periksa petang ni. Tapi buku lain yang dorang ambik. Baca jugalah buku jawi tu tapi adalah kot sepuluh minit je.


Akhirnya mama pun baca sekali baca buku ni hihi. Seronok je baca buku kanak-kanak ni penuh imaginasi takde stress langsung. Baca pun dengan budak-budak jadi gelak jelah. Majalah kuntum tu pun banyak juga pengisian untuk pelajar. Ada komik, cerpen, latihan matematik tapi kalau untuk tahap kembar ni lebih suka tengok gambar hot wheels kat helaian belakang sekali majalah ni dan juga cerpen dan apa lagi kalau tak gunting, mama selalu jadi penyelamat majalah dan buku daripada jadi mangsa gunting. 

Sebelum tu habis juga baca novel Arif dan Iman. Tapi novel ni masih ditulis dan belum diterbitkan. Penulis minta saya komen plot penceritaan dan watak. Syabas untuk novel ini semoga berjaya hingga ke layar perak. Hihi nama pelakon pun kami dah siap bincang kalah produser dan penerbit.

Dari Kepala Batas ke New Haven tulisan Ashadi Zain juga mencuri hati ni. 
'Aku mahu menjadi burung. Aku mahu terbang melayang menerokai angkasa raya. Aku mahu bebas selama-lamanya.' 

Kembar ni lagi setengah jam nak pergi sekolah terlelap dengan baju sekolah...

Wednesday, April 6, 2016

Azhar Azfar Di Pantai Teluk Ketapang Kuala Terengganu

Bila dah balik kampung, selain ziarah Tok Ki dan Nenek, Pantai tidak dilupakan.. ayah kan orang Terengganu, takkan la tak bawa anak-anak dan isteri pergi pantai kan..

Pantai yang menjadi pilihan kami anak beranak adalah Pantai Teluk Ketapang. Setiap kali balik kampung, petang-petang mesti pergi pantai main air. Kebetulan sekarang ini musim ketam.. hajat nak tangkap ketam tapi ombak kelihatan agak besar.



Azhar Azfar sangat seronok la bila ajak ke pantai. macam biasa, keropok lekor dan air kelapa jadi santapan kami di tepi pantai... kebiasaan kalau 3 hari duk kampung, 3 hari la jalan-jalan di pantai. kalau bab mandi laut, ayah la yang lebih...kalau balik tak basah, memang tak sah...

main-main ombak sebelum mandi laut






cantik kan suasana di perkampungan nelayan

motor masih boleh digunakan lagi

Azhar Azfar cuba menangkap anak ikan

banyak anak ikan kecil-kecil kat gigi air


dapat juga akhirnya anak ikan dengan dibantu oleh ayah


bawa nenek, pok su tah dan pok teh jalan-jalan pantai


Tuesday, April 5, 2016

Azhar Azfar Balik Kampung, Kuala Terengganu

Lama betul Azhar Azfar tak balik kampung Terengganu ziarah Nenek dan Tok Ki. Setiap kali ayah call nenek, mesti nenek cakap yang nenek rindu nak tengok azhar azfar.

Alhamdulillah.. Jumaat, Sabtu, Ahad lepas dapat juga kita bercuti di kampung, Ziarah nenek dan tok ki. Alhamdulillah nenek tok ki sihat.

Bawa Tok Ki Jalan-jalan. Then Beli keropok kat Tok Jiring. Tok Ki drive 

Erm...sedapkan keropok lekor rebus panas-panas


Ayah pun lama tak bawa korang balik kampung di Terengganu. Azhar Azfar pun rindun kan kat Nenek dan Tok Ki...

Waktu magrib, azhar azfar bagitau nak pergi solat kat surau kampung ayah.. ok lah... jom follow tok ki... sabil bawa azhar azfar ke surau Kampung Padang Pisang, ayah pun berceritalah kisah ayah waktu kanak-kanak dulu, tok ki selalu bawa ayah solat di surau ni... sekarang ayah bawa azhar azfar pula..

Inilah Surau Kampung Padang Pisang

Pok Harun jadi bilal kat surau ni..

Azhar Azfar pun seronok dapat ikut Tok Ki pergi surau.


Ayah masih ingat, waktu ayah kanak-kanak ayah pernah azan subuh di surau ni...



In Syaa Allah azhar azfar, kita balik kampung lagi yer jenguk tok ki dan nenek.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...