Friday, December 25, 2015

Pertandingan bercerita peringkat Kuala Selangor

Azhar menyertai pertandingan bercerita tentang Hari Kemerdekaan Malaysia dalam Program Pintar Kreatif peringkat Kuala Selangor.


Azhar bersiap sedia untuk pertandingan yang akan bermula hari ini..

Azfar temankan Azhar sebelum pertandingan

Azhar dah ready

Bergambar bersama rakan-rakan dan cikgu sebelum pertandingan bermula



Azhar memulakan ceritanya







 Azhar menang

 Azhar Azfar bersama rakan sekelasnya Darwis Fariz
 Makan roti canai (ayah yang buat ni)

 solat sama-sama (Azhar jadi Imam)
 lepastu mengajij Quran

Alhamdulillah..

Gembira tengok Azhar Azfar dan dua sahabat baiknya...









Wednesday, June 3, 2015

Perlu Tahu: Mengapa Ibu Bapa Tak Boleh Marah Anak Kecil Berdiri Depan TV

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum semua
Allahuakbar berkurun dah tak terupdate blog ni huhu.

Oklah ni entry pertama setelah lama menyepi. Perkongsian dari media sosial yang boleh  dijadikan penduan juga.

...................................................................................................................


Seringkali kita melihat ibu bapa memarahi anak-anak kecil kerana suka sangat berdiri di depan tv sehingga mengganggu tontonan mereka.

Maka akan terkeluarlah ayat seperti 'ha, masuklah dalam tv tu', 'tepilah sikit', 'jangan kacau' dan sebagainya.

Bagaimanapun, apa yang perlu ibu bapa tahu adalah perbuatan anak-anak kecil ini sesuatu yang normal secara psikologinya. Maka tiada sebab untuk ibu bapa marah atau mengamuk tak tentu pasal.

Perkongsian dari Dr Rozanizam Zakaria, seorang pakar psikologi melalui Facebooknya menyatakan perbuatan tersebut dikenali sebagai 'Egocentrism', fasa di mana kanakkanak sedang memahami dunia sekeliling mereka mengikut tahap.

"Egocentrism merupakan salah satu komponen pada fasa ini, dimana kanak-kanak merasakan mereka adalah ‘centre of the universe’. Pandangan mereka terhad kepada pandangan peribadi dan tidak boleh modify pandangan tersebut berdasarkan pandangan orang lain. Hitam kata dia, hitamlah. Tak kira kita explain macam mana yang itu sebenarnya kelabu.

"Pada pandangan kanak-kanak, ‘kalau saya nampak, orang lain mesti nampak juga!’ (Sebab tu saya duduk depan tv, saya mana tau saya block view mak ngan ayah!)

"Egocentrism tidak sama dengan sifat ‘selfish’, ia hanya antara fasa pembentukan ‘personal view’. Ada banyak lagi fasa yang mereka lalui sebelum kognitif mereka matang sebelum dewasa," kata Dr Rozanizam.




Dalam fasa pembesaran ini, ibu bapa disarankan untuk tidak menegur atau memarahi anak-anak kecil mereka secara sembarangan. Sebarang tindakan perlu diambil dan diukur mengikut perkembangan usia mereka.

Dr Rozanizam juga menambah tahap kematangan emosi berdasarkan faktor kognitif dan sosial tidak sama di kala usia yang berbeza.

"SEBAB ITULAH, Rasulullah menggariskan tarbiyyah anak-anak berdasarkan tahap umur. Umur 7 tahun suruh solat, 10 tahun baru rotan (Hadis Hasan, Riwayat Abu Daud). Begitu juga dalam hal mengasingkan tidur dan sebagainya. Ada fasanya yang perlu difahami oleh ibubapa," katanya lagi. 

....................................................................................................................................
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...