Basikal Baru dan kawan-kawan Mama Ayah datang yeayy

6:00 AM AzharAzfar 1 Comments

Assalamualaikum

Cuti sekolah tak pergi ke mana..balik kampung pun tidak..
Mama ajak Azhar Azfar sarapan kat luar jejalan makan nasi lemak



dah kenyang macam nilah Azhar Azfar taknak duduk diam..aktif...ni dah besar ok sikit tak perlu mama nak lari




gigi Azfar rongak sikit dah..gigi Azhar masih cantik lagi..inilah kembar ada juga yang tak sama..



 Azhar Azfar ikut muka mama ke ye...

lepas bersarapan mama bisik kat Azfar mama nak ajak jejalan pergi tengok basikal..tapi jangan sampai Azhar tau tau (sebab sebelum tu Azhar yang dahsyat nak sangat basikal, kesian tengok...ada belikan basikal masa Azhar Azfar kecil dulu umur 2 tahun tapi dua-dua dah kene curi masa kat rumah meru, tak puas main basikal tu)


terkejut Azhar mama ajak pergi kedai basikal


sedang pilih basikal idaman hati




Azhar nak basikal besar hijau tu, Azfar nak basikal kecil biru tu...
Mama tak bagi beli basikal lain-lain..itu memang tak boleh berlaku sebab Azhar Azfar ni kat kedai je ok lain-lain..nanti sampai rumah MESTI nak sama....dah tanya uncle basikal tu..dah bawak balik basikal tak boleh tukar dah)

beza harga basikal ni hanya RM10 je...berbaloi ambil yang besar terus kan.. hijau harga RM170 beli dua dapat RM310... biru dapat RM300 kalau beli 2.


mama kata kene sama jugak..kalau tak tak payah beli..kita balik je... so ambil yang besar dan kaler hijau ni.


ok uncle sedang pasang basikal



haa..Azhar Azfar bayar sendiri sebab guna duit raya AzharAzfar sendiri kan...mama suruh bayar sendiri biar AzharAzfar tau berapa tinggal duit raya yang AzharAzfar ada.
belajar dari sekarang pandai urus duit taklah nanti asyik nak minta mainan senang-senang je...lepas ni bila mama ingatkan duit raya AzharAzfar tinggal berapa...dah beringat dah...bagus kann



perjalanan balik...basikal tak muat nak masuk dalam bonet sebab panjang kan...dua-dua letak kat tempat duduk belakang...cmtulah rupanya..AzharAzfar duduk depan sempit sikit...
odw balik tu ada pak Polis buat roadblock..hahahaha mama ingatkan AzharAzfar pakai tali pinggang...

tak boleh ambil gambar pak polis..takut kene saman guna smartphone plak kang...mg kene tahan dengan polis...sebab nampak ada budak dua orang duduk depan...tapi sebab tetiba mata pak polis melirik kat seat belakang nampak basikal... "beli basikal ke..." mata pak polis tengok basikal tengok kembar..tengok basikal tengok kembar...pakai talipinggang lagi kan..."ok jalan"...hihihi



sampai je rumah..tengahari tu juga AzharAzfar terus naik basikal baru..mama kene jagalah kat luar perhati diorang ni...erm...sampailah ke sebelum Zohor




gembiranya Azhar Azfar...seronok sangat lah tu ye



penat sangat main basikal baru..


 parking dah untuk rehat solat Zohor


Alhamdulillah seronok mereka...

petang tu Cik Nana Cik Jali Umi Su dan Uncle Mizi datang rumah 


sahabat-sahabat datang balik dari kerja tentu laparkan..mama kol Ayah juga minta izin dan minta pulang cepat. masak simple je nasi goreng tomyam dan beberapa kuih muih sikit...syukur bolehlah kan alas perut lapar balik kerje..hihi yang tak kerje ni pun lagi lapor gak :)
Kak Nana datang pun bawa sup bakso yang sedap

Mizi datang pas resit untuk ambilkan thesis
Umi Su datang untuk ambil supplemen
Cik Nana Cik Jali dijemput datang untuk tengok basikal baru Azhar Azfar hahaha

bila semua ada terkejut..ramai ye...hihi alang-alang baru seronok reramai kan..pekena dengan kopi kaw panaspanas wallah :)





Tahniah Umi Su..hari tu meeting senat dah luluskan kedoktoran Umi Su..maka termaktubla sebagai Dr Nor Amlizan Ramli, Timbalan Dekan Akdemik, Fakulti Farmasi, UiTM :)
Alhamdulillah



Alhamdulillah kami Dr Nur dan Dr Am akan konvo bulan 11 ni inshaAllah, Mizi ada rezeki boleh konvo sama...isnin ni hantar thesis 

Alhamdulillah Cik Nana go go fighting for ur master n phd ye inshaAllah :)


tak sampai sehari basikal Azfar dah pancit...terus pergi hantar kedai betulkan (tak sempat nak tunjuk skill kat Cik Jali petang tu hihi)


malam ni kene cepat-cepat pergi repair sebelum kedai tutup lepas tu nak ambil AzharAzfar kat rumah Cik Jali Cik Nana...AzharAzfar memang camtu..pantang Cik Nana Cik Jali datang rumah mesti lepas tu ikut balik hihi

Wassalam

You Might Also Like

1 comments:

Anonymous said...

How to Make Money from Betway - Online Betting Work
Betway is a company that has been around since 2016. It has a solid reputation for kadangpintar offering some of the 1xbet most high-quality services that we've ever หารายได้เสริม seen.