Monday, September 22, 2014

Sekolah bermula!! kerja sekolah dah siap!!

Assalamualaikum semua..

Cuti sekolah seminggu...
harini dah naik..

tengokla ragam AzharAzfar sedang tekun menyiapkan kerja sekolah


cikgu ajar skill lain....mama ada skill lain yang lebih senang..nanti mama belikna sempoa pulak ye...dan mama akn ajar skill arithmetik pulak inshaAllah  :)


faham faham ...


keliru dah adik ni kejap kejap



arghhhhh camne nak kira ni mama??? ajarlah Adikkkk.....


tengok Abang kan ada ......


malam bersambung pula dengan English....



sampai pukul 12 malam siapkan kerja sekolah..
bukan hanya kerja sekolah sahaja termasuk juga kerja yang Azhar Azfar selalu taknak pergi sekolah...haha


bahasa melayu pula......... baru lah nampak Azhar Azfar macam pergi sekolah..sebab ada homework hihi


sejak dari semalam petang mama dah pesan esok sekolah tau..takde cuti lagi dah....dah bertukar da alasan Azfar..."tapi kerja sekolah kan tak siap lagi kan........" erm hahaha mama gelak dalam hati...ada je kan adik ni..
"dah siap lah adik..kan dah siap lama dah..yang adik abang buat tu cikgu tak suruh lagi pun..cikgu tak ajar pun lagi...."

iye ke..termenung sekejap adik..



semalam petang mama ajak AzharAzfar pusing keliling taman atas bukit..kesian plak asyik berbasikal satu lorong je...


seronok Azhar Azfar...Azfar berbasikal perlahan je menikmati angin petang..hihi..Azhar laju betul..



tengok tu Azhar...laju dan kuat betul kayuh naik bukit..tertinggal jauh Azfar..mama naik motor je...nanti ada rezeki mama nak beli basikal jugalah..kita berbasikal sama-sama ye... :)


alhamdulillah..harini bangun lambat.. AzharAzfar tak sempat nak dhuha...pergi sekolah pukul 8 hihi..
takpe nanti jap lagi balik mama ambil sempat nk solat dhuha kan..

Wassalam :)

Laksam Terengganu

Assalamualaikum semua...

Terasa nak makan laksam tapi versi buat sendiri, kalau nak beli ada je jual tapi tak rasa puas makan...malam tadi dah mintak resepi dengan Mak Teh (terasa-rasa laksa Mak Teh buat sedap) maka pagi ni dah pergi kedai beli bahan bahan.

Antara bahannya ialah:

Laksam (google tapi oter juga sebab nak kurangkan lembik)
untuk lebih kurang 4 kali makan

3 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
ais suam (3 cawan air panas + 2 cawan air biasa)
1/2 sudu teh garam

Cara:
didihkan air kukusan
sediakan bekas untuk buat laksam (tengok gambar), lenserkan dgn minyak nipis, tuang adunan satu cawan (ikut acuan),
kukus sehingga ia menggelembong
sejukkan sekejap, gulung dan potong




Kuah Laksam (untuk lebih kurang 8kali makan kot)

Ikan sardin setengah kilo (rebus, buang tulang, kisar)
Santan (beli rm3)
Bawang besar 2biji
Daun kesum
Asam keping
Garam secukup rasa

Cara:
Kisar bawang besar, kemudian ikan (sekejap je jangan hancur sangat)
masukkan ke dalam periuk yang ada santan yang sudah di'dilute' dengan air rebusan ikan tadi
masukkan daun kesum, asam keping (3keping sederhana)
hampir mendidih, letak garam dan rasa :) (agak-agak ye nak pekat cair macam mana)


Ulam:
Kacang panjang
Daun kesum
Tauge
Kobis

untuk pedas: tumbuk cili padi sehingga halus



cantik tak gulungan laksam tu hahaha perasan! :)


tadaaa..inilah hasilnya...nampak sedap tak hihihi


orang tulen Ganu meme gini letak garam dan belacan jugak baru umphh



sedaplah tu kan...Ayah tolong mama masak jugak..dah namanya laksam Ganu..kenelah air tangan Ganu jugok deh tak gitu be.. :)



Azhar Azfar seperti biasa dengan aktiviti berbasikalnya di jalan taman ni...diorang mana makan laksam maka mama masakkan ikan sardin masak singgang je..segar rasa tu pun dah kata sedap dah sangat..hihi

Alhamdulillah sejak berimpian nak basikal..setiap hari cuti sekolah ni AzharAzfar tekun solat dhuha...mama kata sebelum dapat basikal solat dhuha..dah dapat pun kene solat juga tanda terima kasih pada Allah..mengaji pun Alhamdulillah Azhar makin rajin meninggalkan Azfar satu juzuk ...biasalah adik ni mang manja setiap hari nak ngaji satu je erm...



wah kilat dah basikal AzharAzfar kan...sekarang AzharAzfar sedang solat zohor di surau...Ayah pulang sekejap tadi dari surau ambil Azhar Azfar, mereka terus bersiap pakai jubah dan terus ke surau.

Alhamdulillah

(sedapnya laksam, mama dah makan 2 kali dah hihi)


Sunday, September 21, 2014

Basikal Baru dan kawan-kawan Mama Ayah datang yeayy

Assalamualaikum

Cuti sekolah tak pergi ke mana..balik kampung pun tidak..
Mama ajak Azhar Azfar sarapan kat luar jejalan makan nasi lemak



dah kenyang macam nilah Azhar Azfar taknak duduk diam..aktif...ni dah besar ok sikit tak perlu mama nak lari




gigi Azfar rongak sikit dah..gigi Azhar masih cantik lagi..inilah kembar ada juga yang tak sama..



 Azhar Azfar ikut muka mama ke ye...

lepas bersarapan mama bisik kat Azfar mama nak ajak jejalan pergi tengok basikal..tapi jangan sampai Azhar tau tau (sebab sebelum tu Azhar yang dahsyat nak sangat basikal, kesian tengok...ada belikan basikal masa Azhar Azfar kecil dulu umur 2 tahun tapi dua-dua dah kene curi masa kat rumah meru, tak puas main basikal tu)


terkejut Azhar mama ajak pergi kedai basikal


sedang pilih basikal idaman hati




Azhar nak basikal besar hijau tu, Azfar nak basikal kecil biru tu...
Mama tak bagi beli basikal lain-lain..itu memang tak boleh berlaku sebab Azhar Azfar ni kat kedai je ok lain-lain..nanti sampai rumah MESTI nak sama....dah tanya uncle basikal tu..dah bawak balik basikal tak boleh tukar dah)

beza harga basikal ni hanya RM10 je...berbaloi ambil yang besar terus kan.. hijau harga RM170 beli dua dapat RM310... biru dapat RM300 kalau beli 2.


mama kata kene sama jugak..kalau tak tak payah beli..kita balik je... so ambil yang besar dan kaler hijau ni.


ok uncle sedang pasang basikal



haa..Azhar Azfar bayar sendiri sebab guna duit raya AzharAzfar sendiri kan...mama suruh bayar sendiri biar AzharAzfar tau berapa tinggal duit raya yang AzharAzfar ada.
belajar dari sekarang pandai urus duit taklah nanti asyik nak minta mainan senang-senang je...lepas ni bila mama ingatkan duit raya AzharAzfar tinggal berapa...dah beringat dah...bagus kann



perjalanan balik...basikal tak muat nak masuk dalam bonet sebab panjang kan...dua-dua letak kat tempat duduk belakang...cmtulah rupanya..AzharAzfar duduk depan sempit sikit...
odw balik tu ada pak Polis buat roadblock..hahahaha mama ingatkan AzharAzfar pakai tali pinggang...

tak boleh ambil gambar pak polis..takut kene saman guna smartphone plak kang...mg kene tahan dengan polis...sebab nampak ada budak dua orang duduk depan...tapi sebab tetiba mata pak polis melirik kat seat belakang nampak basikal... "beli basikal ke..." mata pak polis tengok basikal tengok kembar..tengok basikal tengok kembar...pakai talipinggang lagi kan..."ok jalan"...hihihi



sampai je rumah..tengahari tu juga AzharAzfar terus naik basikal baru..mama kene jagalah kat luar perhati diorang ni...erm...sampailah ke sebelum Zohor




gembiranya Azhar Azfar...seronok sangat lah tu ye



penat sangat main basikal baru..


 parking dah untuk rehat solat Zohor


Alhamdulillah seronok mereka...

petang tu Cik Nana Cik Jali Umi Su dan Uncle Mizi datang rumah 


sahabat-sahabat datang balik dari kerja tentu laparkan..mama kol Ayah juga minta izin dan minta pulang cepat. masak simple je nasi goreng tomyam dan beberapa kuih muih sikit...syukur bolehlah kan alas perut lapar balik kerje..hihi yang tak kerje ni pun lagi lapor gak :)
Kak Nana datang pun bawa sup bakso yang sedap

Mizi datang pas resit untuk ambilkan thesis
Umi Su datang untuk ambil supplemen
Cik Nana Cik Jali dijemput datang untuk tengok basikal baru Azhar Azfar hahaha

bila semua ada terkejut..ramai ye...hihi alang-alang baru seronok reramai kan..pekena dengan kopi kaw panaspanas wallah :)





Tahniah Umi Su..hari tu meeting senat dah luluskan kedoktoran Umi Su..maka termaktubla sebagai Dr Nor Amlizan Ramli, Timbalan Dekan Akdemik, Fakulti Farmasi, UiTM :)
Alhamdulillah



Alhamdulillah kami Dr Nur dan Dr Am akan konvo bulan 11 ni inshaAllah, Mizi ada rezeki boleh konvo sama...isnin ni hantar thesis 

Alhamdulillah Cik Nana go go fighting for ur master n phd ye inshaAllah :)


tak sampai sehari basikal Azfar dah pancit...terus pergi hantar kedai betulkan (tak sempat nak tunjuk skill kat Cik Jali petang tu hihi)


malam ni kene cepat-cepat pergi repair sebelum kedai tutup lepas tu nak ambil AzharAzfar kat rumah Cik Jali Cik Nana...AzharAzfar memang camtu..pantang Cik Nana Cik Jali datang rumah mesti lepas tu ikut balik hihi

Wassalam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...