Thursday, July 3, 2014

Al-Quran Juzuk ke-27

Assalamualaikum semua..

Alhamdulillah 5 Ramadhan dah harini ..memang sangat pantas kan...malam tadi malam ke-5 kita berterawih..ada 24@25 malam lagi...huhu rasa sedih pulak..rasa macam nape cepat sangat.

Alhamdulillah AzharAzfar dah mengaji masuk juzuk ke-27....pada juzuk ini kebanyakan surah-surah pendek dalam 3-5 mukasurat purata setiap surah.


bila AzharAzfar taknak tidur siang dan banyak sangat tengok cd kartun kat laptop ni...memang sangat memberi kesan masa mengaji. Masa mengaji tulah rasa mengantuk..pastu tengok kartun biasalah banyak anasir yang mengganggu mata dan otak...mengaji pun jadi slow...ini berlaku kelmarin....dan menuntut kesabaran mama nak duduk dengar AzharAzfar mengaji sebab banyak salah.

Alhamdulillah semalam Azhar Azfar balik sekolah dapat mengaji sekejap selepas Zohor terus terlelap sehingga petang. Malamnya Alhamdulillah mengaji sangat bagus seperti biasa...AzharAzfar pun memang tahu perkara ni...mereka kembar..kalau salah seorang over tengok tv je...nanti yang satu lagi akan kata "mana boleh tengok kartun banyak-banyak nanti ngaji banyak salah!! " hihi...

erm... tahu pun kan...mama kata dalam hati..

semoga AzharAzfar terus komited ye!!.. lepas khatam Al-Quran ini ada misi lebih besar mama impikan.

Doa banyak-banyak Ramadhan ini semoga semua dipermudahkan

Amenn..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...