Al-Quran Juzuk ke-26
Alhamdulillah....AzharAzfar taknak pergi sekolah..seperti kata mama kalau taknak sekolah kene ngaji berapa??
akibatnya..malam tadi AzharAzfar mengaji masuk ke juzuk ke-26..rekod terbaru setakat ini berjaya dicapai oleh Azhar Azfar..
Alhamdulillah misi mengkhatamkan Al-Quran oleh Azhar Azfar pada Ramadhan ini ...
dan misi ini telah dicabar oleh Ayah haha..
bertambah-tambah AzharAzfar nak menang mengaji nak lawan dengan Ayah..mama layan je..dan bagi sokongan moral, masa dan komited dengan azam AzharAzfar yang nak mengaji setiap hari 20, 30, dan terbaru Azhar kata nak mengaji 50 malam tadi...senyum je mama dengar sambil gosok baju sekolah Azhar Azfar dan tudung mama :).
Wassalam..
ni pun dah beberapa malam sejak Ramadhan AzharAzfar tidur lewat...selepas bertadarus, Azhar Azfar selang seli duduk depan laptop mama juga. untuk setiap beberapa muka surat mama bagi rehat tapi hari ini Azhar Azfar sangat bagus!! Momentum dan semangat tinggi Azhar Azfar mengaji terus 4 muka surat tanpa henti, berehat sebentar dan terus menyambung semula mengaji 4 muka surat menjadikan hari ini rekod juga untuk Azhar Azfar mengaji keseluruhan 16 muka surat .....alhamdulillah...belum lagi tertunai hasrat AzharAzfar nak mengaji 20 mukasurat seperti yang diimpikan sebelum ini oleh mereka...apapun mama ucapkan Tahniah untuk Azhar Azfar..semangat AzharAzfar memang berkobar-kobar sejak Ramadhan ini untuk khatam Al-Quran secepat mungkin (mama banyak juga psiko ni hihi).
Alhamdulillah.. (eh tadi dah bagi salam huhu)
Ok Salam semua :)
0 comments:
Post a Comment