Monday, June 30, 2014

Transformers: Age of Extinction

Hari Sabtu baru-baru ini sebelum puasa mama ayah ajak AzharAzfar pergi tengok wayang.

sekali tu je kot mama ayah akan ajak..saja sebagai 'rewards' kepada AzharAzfar sementalah AzharAzfar memang suka tengok transformers...lagipun mama dah tapis filem tu sebelum buat keputusan nak ajak AzharAzfar...dan tiada aksi yang tidak sepatutnya mereka tengok. Adalah satu babak bercium masa dalam 10 minit terakhir tu..mama ayah sempat tutup mata AzharAzfar..keseluruhan oklah kanak-kanak boleh tengok...

AzharAzfar sangat teruja..sangat suka sebab tak pernah tengok skrin tv besar macam tu....tapi filem ni agak lama jugalah kan 2jam setengah lebih kurang ..ada kalanya mereka nak berdiri lagi-lagi bila babak yang takde transformers...pastu cakap kuat juga haha...tapi dalam panggung tu bukan AzharAzfar je kanak-kanak riang...ada nampak kanak-kanak lain dan baby juga huhu...

kami tengok di TGV Bukit Raja..oklah tiket rm39 untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak...beli online sangat senang tak perlu nak beratur panjang sampai ke tangga di sana nanti.


 inilah OPTIMUS PRIME






 Ayah yang over ni tau haha

masuk je panggung terus mintak roti..huhu maaflah ye terpaksa belikan juga dah AzharAzfar nak sangat..masuk je terus lapar agaknya..khusyuk betul AzharAzfar...


so far filem ni...erm...oklah mama rasa (hihi sebenarnya mama tak khusyuk pun tengok cerita ni..sebab kejap-kejap tengok AzharAzfar kat sebelah..kejap nak airlah..kejap nak pizza lah..nak rotilah...nak pop corn macam orang lain makanlah...maka terpaksalah mama keluar belikan pop corn yang paling besar punya...lepas tu nampak orang lain ada air gas..nak jugaklah..ooo itu mama mang tak bagi...

nak kata thriller sangat pun taklah kot..oklah untuk budak-budak tengok..Ayah yang nampak khusyuk juga menonton...sampai Azhar cakap dengan Ayah pun Ayah melongo je tengok skrin haha...

keluar dari panggung terserempak dengan kawan lama Hazma, isteri dan anak-anak...lama tak jumpa rupanya mereka pun dah pindah lama satu tempat dengan kitorang..alahai...kat PA tak pernah pulak nak jumpa ye...

itu je ye kawan-kawan hihi..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...