Sunday, June 22, 2014

Masjid Puncak Alam

Assalamualaikum semua :)

Alhamdulillah semalam 21 Jun bersamaaan 23 Syaaban Masjid Puncak Alam telah dibuka kepada warga Puncak Alam walau pun belum lagi siap sepenuhnya.

Masjid ini yang pembinaannya dibiayai oleh Tan Sri Rozali Ismail, CEO Syabas dan juga Puncak Niaga Berhad hampir menelan 21 juta keseluruhan kos pembinaannya (sumber dari rakan Tan Sri yang terdekat).

Semalam kami pergi menunaikan solat Maghrib dan Isyak di Masjid Puncak Alam...

Dan Ayah kepada Fateh, rakan Azhar Azfar iaitu jiran kami merupakan Ketua Imam di masjid tersebut merangkap Pengurus di Masjid Puncak Alam, indah alunan bacaan semasa solat semalam, alhamdulillah :).

Jom tengok gambar gambar hasil bidikan kami semalam haha :O


Ini ruang solat muslimin...luas juga tapi disebabkan belum siap sepenuhnya ada ruang yang masih ditutup kepada para jemaah.

Pintu masuk ke ruang solat muslimin..di sebelah ada pintu masuk ke ruang muslimah.

Di kawasan luar, agak luas..mang seronok Azhar Azfar berlari-lari sebab ruang yang agak selesa untuk para jemaah menunggu solat seterusnya sambil bertadarus.


 Cer teka siapa yang sedang mengaji tu?






 suka gaya bersahaja Azhar ni :)

 Azfar :)






 Usai Maghrib sementara menunggu Isya, daripada Azhar Azfar berlari-lari ke sana sini baik kita mengaji ye.



Selepas Isya..kita bergambar dulu...awal-awal ni nak bergambar takdelah malu sangat...nanti kalau dah lama nak selfie pun segan kan.



 hihi..mang rajin sangat nak edit gambar ni...hehe


Alhamdulillah ada juga gambar Mama dan Ayah..inilah hasil terbaik yang Azhar ambil, yang lain semua blur.

 Selepas tu singgah minum sekejap kat Shah Alam 2...

Azfar demam rupanya, badan dah mula panas...patutlah dah tak boleh nak senyum.

Alhamdulillah...

AzharAzfar suka..masjid pun dekat, setiap hari boleh mengabdikan diri di masjid selepas ini ya :)

Semoga setiap perbelanjaan sedekah zakat yang diperuntukkan untuk pembinaan Masjid Puncak Alam ini mendapat barakah dan memberi saham akhirat yang berlipat kali ganda kepada Tan Sri dan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak.

Itulah kelebihan orang Islam PERLU jadi JUTAWAN kan....tidak perlu menunggu wang kerajaan untuk pembinaan masjid, malah kita sendiri yang perlu berlumba-lumba untuk menyediakan tempat ibadah kepada seluruh Umat Islam.

Wallahualam.


4 comments:

✿AINAA ROSEBERRY✿ said...

SubhanaAllah! Cantiknya masjid ni.

Khir Khalid said...

Assalam... subhanallah.. mmg cantik masjid ni. Nampak sejuk & tenang je. Klu saya ke puncak alam boleh juga singgah nanti. T kasih atas perkongsian saudara.. :)

✿ pink velvet ✿ said...

memang cantik sangat masjid ni, teringin sangat nak pegi :)

AzharAzfar said...

Alhamdulillah memang cantik masjid ni..singgahla kalau datang ke Puncak Alam ye :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...