Monday, June 30, 2014

Al-Quran Juzuk ke-25

Assalamualaikum semua...

Salam Ramadhan ..selamat menunaikan ibadah puasa, berterawih, bertadarus, berdoa dan menunaikan ibadah-ibadah sunat dengan sebaiknya.

Alhamdulillah malam tadi Azhar Azfar mengaji juzuk ke-25 ..


semoga makin istiqamah dan AzharAzfar komited khatam Al-Quran dalam Ramadhan yang penuh barakah ini. Ameen..

Wassalam :).

Transformers: Age of Extinction

Hari Sabtu baru-baru ini sebelum puasa mama ayah ajak AzharAzfar pergi tengok wayang.

sekali tu je kot mama ayah akan ajak..saja sebagai 'rewards' kepada AzharAzfar sementalah AzharAzfar memang suka tengok transformers...lagipun mama dah tapis filem tu sebelum buat keputusan nak ajak AzharAzfar...dan tiada aksi yang tidak sepatutnya mereka tengok. Adalah satu babak bercium masa dalam 10 minit terakhir tu..mama ayah sempat tutup mata AzharAzfar..keseluruhan oklah kanak-kanak boleh tengok...

AzharAzfar sangat teruja..sangat suka sebab tak pernah tengok skrin tv besar macam tu....tapi filem ni agak lama jugalah kan 2jam setengah lebih kurang ..ada kalanya mereka nak berdiri lagi-lagi bila babak yang takde transformers...pastu cakap kuat juga haha...tapi dalam panggung tu bukan AzharAzfar je kanak-kanak riang...ada nampak kanak-kanak lain dan baby juga huhu...

kami tengok di TGV Bukit Raja..oklah tiket rm39 untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak...beli online sangat senang tak perlu nak beratur panjang sampai ke tangga di sana nanti.


 inilah OPTIMUS PRIME






 Ayah yang over ni tau haha

masuk je panggung terus mintak roti..huhu maaflah ye terpaksa belikan juga dah AzharAzfar nak sangat..masuk je terus lapar agaknya..khusyuk betul AzharAzfar...


so far filem ni...erm...oklah mama rasa (hihi sebenarnya mama tak khusyuk pun tengok cerita ni..sebab kejap-kejap tengok AzharAzfar kat sebelah..kejap nak airlah..kejap nak pizza lah..nak rotilah...nak pop corn macam orang lain makanlah...maka terpaksalah mama keluar belikan pop corn yang paling besar punya...lepas tu nampak orang lain ada air gas..nak jugaklah..ooo itu mama mang tak bagi...

nak kata thriller sangat pun taklah kot..oklah untuk budak-budak tengok..Ayah yang nampak khusyuk juga menonton...sampai Azhar cakap dengan Ayah pun Ayah melongo je tengok skrin haha...

keluar dari panggung terserempak dengan kawan lama Hazma, isteri dan anak-anak...lama tak jumpa rupanya mereka pun dah pindah lama satu tempat dengan kitorang..alahai...kat PA tak pernah pulak nak jumpa ye...

itu je ye kawan-kawan hihi..

Thursday, June 26, 2014

Al-Quran Juzuk ke-24

Assalamualaikum

Alhamdulillah tadi siang Azhar Azfar dah mengaji juzuk ke-24.




Harini Azhar Azfar taknak pergi sekolah.

erm..minggu ni je dah dua hari AzharAzfar taknak sekolah..

ini antara ayat-ayat Azfar..

"mama lepas anta abg Adik pergi sekolah..mama terus balik je...mama tak pergi sekolah pun...mama dah tak sekolah kan...Adik Abg pun taknak pergi sekolah lah jugakkkkkk!!!"

"adik tak suka sekolah...adik suka duduk rumah.....mama kan tak sekolah pun kan....."

erm....setiap pagi kene psiko adik yang lebih-lebih lagi...pagi tadi..mama malas nak pujuk..sebab minggu ni kat PASTI pun cikgu kata latihan sukan untuk selepas raya nanti..erm...suka hati AzharAzfar lah ye...

tapi semalam nya waktu balik sekolah..waktu Azfar kata taknak pergi sekolah mama kata...."kalau AzharAzfar taknak pergi sekolah kene mengaji 10 setiap hari boleh boleh??? "

AzharAzfar diam je...hahaha..

maka hari ini mama pun praktikkan lah kan...dah AzharAzfar taknak sekolah..

dannn..

dan..

Alhamdulillah... AzharAzfar BERJAYA mengaji  Sembilan 9 muka surat harini..(pencapaian yang sangat baik!!!)

bukan senang sebenarnya untuk kanak-kanak duduk diam mengaji ....walaupun sekali mengaji tu mungkin dapat 2 muka surat...lepas tu macam-macamlah kan..

tapi mang kene psiko kalau kanak-kanak...kene pujuk...cakap yang positif...

kekadang Azhar Azfar takde mood juga...mama kenalah pandai psiko....suruh SENYUM sebelum mengaji..cerita banyaknya Malaikat catat pahala untuk setiap huruf ...bagaimana sayangnya Nabi Muhammad dan Allah S.W.T untuk sesiapa yang rajin mengaji.

kekadang mama selalu juga bagi rewards dan menjanjikan sesuatu untuk Azhar Azfar...untuk berikan mereka semangat!!

tak mahal pun rewards untuk mereka ini...kadang-kadang mereka hanya mahu aiskrim...tak pun gula-gula 2-3 biji..itu dah cukup membahagiakan mereka...kadang mama bagi rewards yang besar sikit contohnya ajak makan KFC ke...Pizza ke.mainan ke..bola ke...dah itu yang mereka suka...nanti mereka akan suka dan gembira lakukan sesuatu perkara tu

lagi satu....selepas mereka lakukan sesuatu..keraplah peluk, puji dan katakan yang POSITIF tentang IMPIAN mereka untuk masa depan...kenapa kene mengaji...kene pergi sekolah??

InShaAllah...hihi terlebih plak tulis malam ni...

p/s: mama tanya Azhar Azfar ni nak mengaji berapa esok...Azhar kata nak mengaji 20, Azfar nak mengaji 10....hahhh SEMANGAT kan mereka!! dengar je Azhar nak mengaji 20..terus cepat-cepat Azfar pun nak mengaji 20 jugak!! haha..ada kembar ni bagus tau..ada persaingan dalam diri mereka...semangat berlumba-lumba...terus mama kata "siapa dapat mengaji 20 esok..mama ajak tengok cerita Transformers!!" hahahahaha...berani seii....sesekali je kan...apa salahnya ye tak hahaha

rasanya cerita tu ok kot kan, takde adegan yang ntahpepe...huhu...
nanti mama nak tengok review dulu camne

Wassalam :)



Sunday, June 22, 2014

Masjid Puncak Alam

Assalamualaikum semua :)

Alhamdulillah semalam 21 Jun bersamaaan 23 Syaaban Masjid Puncak Alam telah dibuka kepada warga Puncak Alam walau pun belum lagi siap sepenuhnya.

Masjid ini yang pembinaannya dibiayai oleh Tan Sri Rozali Ismail, CEO Syabas dan juga Puncak Niaga Berhad hampir menelan 21 juta keseluruhan kos pembinaannya (sumber dari rakan Tan Sri yang terdekat).

Semalam kami pergi menunaikan solat Maghrib dan Isyak di Masjid Puncak Alam...

Dan Ayah kepada Fateh, rakan Azhar Azfar iaitu jiran kami merupakan Ketua Imam di masjid tersebut merangkap Pengurus di Masjid Puncak Alam, indah alunan bacaan semasa solat semalam, alhamdulillah :).

Jom tengok gambar gambar hasil bidikan kami semalam haha :O


Ini ruang solat muslimin...luas juga tapi disebabkan belum siap sepenuhnya ada ruang yang masih ditutup kepada para jemaah.

Pintu masuk ke ruang solat muslimin..di sebelah ada pintu masuk ke ruang muslimah.

Di kawasan luar, agak luas..mang seronok Azhar Azfar berlari-lari sebab ruang yang agak selesa untuk para jemaah menunggu solat seterusnya sambil bertadarus.


 Cer teka siapa yang sedang mengaji tu?






 suka gaya bersahaja Azhar ni :)

 Azfar :)






 Usai Maghrib sementara menunggu Isya, daripada Azhar Azfar berlari-lari ke sana sini baik kita mengaji ye.



Selepas Isya..kita bergambar dulu...awal-awal ni nak bergambar takdelah malu sangat...nanti kalau dah lama nak selfie pun segan kan.



 hihi..mang rajin sangat nak edit gambar ni...hehe


Alhamdulillah ada juga gambar Mama dan Ayah..inilah hasil terbaik yang Azhar ambil, yang lain semua blur.

 Selepas tu singgah minum sekejap kat Shah Alam 2...

Azfar demam rupanya, badan dah mula panas...patutlah dah tak boleh nak senyum.

Alhamdulillah...

AzharAzfar suka..masjid pun dekat, setiap hari boleh mengabdikan diri di masjid selepas ini ya :)

Semoga setiap perbelanjaan sedekah zakat yang diperuntukkan untuk pembinaan Masjid Puncak Alam ini mendapat barakah dan memberi saham akhirat yang berlipat kali ganda kepada Tan Sri dan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak.

Itulah kelebihan orang Islam PERLU jadi JUTAWAN kan....tidak perlu menunggu wang kerajaan untuk pembinaan masjid, malah kita sendiri yang perlu berlumba-lumba untuk menyediakan tempat ibadah kepada seluruh Umat Islam.

Wallahualam.


Thursday, June 19, 2014

Al-Quran Juzuk ke-23

Assalamualaikum semua..

Alhamdulillah harini Azhar Azfar mengaji Juzuk ke-23..dah sampai Surah Yassin malam tadi dan bersambung ke juzuk ke 23 harini.


Lambat sikit, sebab banyak aktiviti dan program cuti sekolah...balik kampung, mama pergi seminar terpaksa hantar Azhar Azfar ke rumah pengasuh sementara dua hari...terpaksa juga ikut Ayah bekerja sabtu ahad  maka kurang mengaji...bila start semula mengaji beberapa hari sebelum ni...biasalah kan kanak-kanak kelancaran kurang sikit..

Apepun tahniah Azhar Azfar dah mengaji sampi sini...dulu mama kecik-kecik pun tak reti lagi mengaji kot hehehe..main je rasanya yang paling terror.

Azhar Azfar anak soleh...Kaya Berjaya di Dunia Akhirat

Ameen

Wassalam.

Wednesday, June 18, 2014

Pergi kenduri Auntie Dayah dan Uncle Ihsan

Assalamualaikum semua...

ini post tertunggak huhu..
8 Jun yang lepas sampainya kami dari kampung, terus kami menghadiri jemputan kenduri di Selayang.

Alhamdulillah tahniah buat Cik Dayah dan Uncle Ihsan atas penyatuan jodoh.

Semoga sentiasa mendapat keberkatan dan rahmat atas pernikahan ini, dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah Ameen.


Kita layan gambar ye (gambar pinjam dari Umi Su, dan dari Cik Jali  pun ada ye hehe)





 Alhamdulillah..



Tahniah Dayah dan Ihsan

sangat seronok berkumpul ramai ramai macam ni.... ikatan ukhuwah sentiasa terjalin walau mama tidak lagi bergelar pelajar lab hehe.





Tu je nak cerita.

Nanti kita tulis lagi ye :)

Wassalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...