Sunday, May 25, 2014

Selamat Hari Guru 2014

Assalamualaikum semua..

tahun lepas semasa AzharAzfar bersekolah di sekolah ABIM...tak tahulah kenapa mama rasa macam tak perasan yang anak-anak dah bersekolah dan dah kira boleh sambutlah kan Hari Guru....sajeeejee mama macam takde kejadian....rasa macam oohh biasa bagi hadiah cikgu kat sekolah rendah dan menengah je..

'
'
'
'
'
tanggg..... selang beberapa hari selepas itu..

'
'
eh eh eh... AzharAzfar kan dah sekolah....kan ada Cikgu juga kan kat sekolah...adoi....camne boleh tak terpikir langsung dengan hal ni.

malu sungguh dengan cikgu AzharAzfar masa tu Cikgu Sakinah...dahla selalu jumpa dan berbual juga..

akhirnya dengan tak malu belikanlah juga hadiah simple je beli kat diy sebab last minit taktaulah nak bg ape.


Tahun ni 2014.... AzharAzfar bersekolah di PASTI

'
'
haha lagilah takde sambutan Hari Guru..makanya takde hadiah untuk Cikgu..lagipun mama ada kerja masa 16 Mei jumaat lepas...so tak buat apa-apa pun .

Maka kelmarin Jumaat lepas selepas seminggu juga Hari Guru....hehe...

mama pun masak lah sikit tuk makan-makan kat sekolah AzharAzfar..

bolehlah..taklah banyak..cukuplah untuk meraikan Guru-guru AzharAzfar..

malu juga sebab cikgu ni semua jiran-jiran mama...mama dahla selalu terlewat ambil AzharAzfar lagi-lagi kalau hari Jumaat....aiyoooookkkk pernah sekali tu smpi kul 12.30...tu pun sebab Cikgu Baiti telefon kata AzharAzfar ter'cir..t" kat sekolah....huhu tak pernah diorang macam tu...dari kecil mang tak pernah pun waima keluar pegi jalan pun diorang ok sangat.
mungkin masa tu AzharAzfar sakit perut..huhu..malu tul mama masa tu...hari jumaat balik pukul 11.30

so ini lah yg mama masak untuk bawa ke sekolah...Ayah pun tolong juga :)


   kek ni khas untuk Cikgu cikgu kat sekolah..Selamat Hari Guru Cikgu :)
mama masak bihun singapura je....huhu tak reti sangat masak mee...tapi sebab budak-budak kan...rasa ni menu yang sesuai
 pau ni ayah yang tolong uli doh dan isi inti juga ..inti kacang merah..
nugget tampura ramly...budak-budak kan..

tadaaaaa......
yang ni Azhar Azfar punya...cheese coklat comell ..comel kan kan
ni baru pagi ni buat tuk AzharAzfar

'
'
'
'
jeng jeng jeng..
'
mama pun ada Cikgu juga
tak lupa juga khas untukkk my Sifu...my Teacher ...


last minute juga...since my sifu ni jaga pemakanan dan selalu nasihatkan kami ni anak-anak murid jangan makan sebarangan....minum air banyak..jangan makan fast food...jangan ambil kafein banyak.....seminggu DUA HARI kene makan BUAH-BUAHAN....so ini yang terbaik untuk SIFU...rasa sangat cukup untuk SIFU dua hari ye hihihihihi  :)

Terima kasih CIKGU!!


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...