Hari Pertama di Sekolah
Jenuh juga nak pilih sekolah untuk Azhar Azfar untuk usia 5 tahun ni.
Kami dah pindah ke Puncak, maka nak berulang alik ke sekolah ABIM agak jauhlah pulak nak berhantar dan ambil.
Nak hantar sekolah montessori...wallah....yuran pendaftaran x 2 + yuran bulanan x 2 = RM _ _ _ _ _ angka kot hihi.
Banyak juga kene fikir nak hantar AzharAzfar sekolah mana, iyelah sekarang ni mama boleh lagi bersama AzharAzfar ulang alik ke sana sini bersama, manalah tahu ada rezeki nanti kan dah viva...ada kerja ke :) fikir lagi camne plak nak urus AzharAzfar.
Excited kan Azhar Azfar dapat beg baru untuk pergi sekolah.
Nak juga Spiderman tu....berusaha juga untuk dapatkan dua yang sama.
Mama da serik dah nak belikan korang lain-lain beg...kat kedai kata takpe...abg nk ni..adik suka beg ni..nanti bila sampai je haa belum sampai rumah...masuk je kereta terus berebut nak samaaa....kan...
Seronok sangat dapat berkasut sekolah...tahun lepas pakai sandal je..cikgu suruh...kecik lagi pakai sandal lagi senang nak pergi toilet cikgu kata.
Nasib baik ada saiz lagi, kalau tak...terpaksalah mama ayah tawaf cari kasut.
Ingat kitorang je cari kasut AzharAzfar last minit yelah sok nak sekolah harini baru cari...sebab banyak urusan (lama nak decide sekolah mana...konon pindah ni slowler nak pusing cari sekolah hihi) ...rupanya penuh kedai-kedai kat Meru dengan ibubapa cari barang keperluan sekolah anak-anak.
Entah berapa kali AzharAzfar cuba kasut, tak cukup cuba kat rumah Cik Nana Cik Jali sampai taknak buka...ni sampai ke tengah malam..pun cuba lagi...tak boleh tido ye korang..mentang-mentangla mama tak kisah waktu tidur bangun masa cuti sekolah kan.
Alhamdulillah ada sekolah yang paling dekat dengan rumah.
Ikutkan dua minit je jarak untuk hantar ambil AzharAzfar ni...oklahkan..
PASTI Edu Kids... senang banyak...alhamdulillah...dekat dengan rumah, in case ada apa-apa ada transit juga kat PASTI ni..maka PASTI taklah gundah suatu hari nanti kan. InShaAllah.
yang ini? AZHAR
oklah kan AzharAzfar da sekolah sebelum ni..maka takde masalah untk selamba je masuk kelas duduk depan sekali kan. Good!!!
Haa...sebelum terlupa....satu kriteria utama untuk pemilihan sekolah AzharAzfar...
Labuhnya tudung Cikgu/Ustazah...kalau senteng.....erm mang cancel terus sori ye. hihi...bab ni mang strict.
(kata sekolah based agama, so kenalah ada ciri utama tu dan juga budi bahasa cikgu cikgu semasa pemilihan sekolah...kalau awal-awal dah macam ekkk je cancel juga hihi)
Kalau semua cancel.....homeschool je kat rumah...nanti ayah bayar gaji mama boleh? ^~^
Haa...sebelum terlupa....satu kriteria utama untuk pemilihan sekolah AzharAzfar...
Labuhnya tudung Cikgu/Ustazah...kalau senteng.....erm mang cancel terus sori ye. hihi...bab ni mang strict.
(kata sekolah based agama, so kenalah ada ciri utama tu dan juga budi bahasa cikgu cikgu semasa pemilihan sekolah...kalau awal-awal dah macam ekkk je cancel juga hihi)
Kalau semua cancel.....homeschool je kat rumah...nanti ayah bayar gaji mama boleh? ^~^
ni yang paling suka sangat!!
BERMAIN hak kamiii...yeayyy
Entah apa yang difikirkan Azhar ni...
Lepas tu sebelum balik singgah uitm jumpa Umi Su kejap... :)
Hari kedua sekolah...
7.25 Azhar Azfar dah masuk ke dalam kereta...bising bunyikan hon suruh mama cepat...
erm...sekolah tu dekat je...buat ape nak pergi awal sangat.
terpaksalah mama hantar awal juga...ok.
Wassalam :).
0 comments:
Post a Comment