Al-Quran Juzuk ke-11
Assalamualaikum semua..Alhamdulillah...harini ramai yang pulang ke kampung sempena cuti raya cina.
Azhar Azfar pun cuti sekolah lama juga sehingga hari selasa..(takde cikgu cina dan pelajar cina pun cuti lama juga ke)
Azhar Azfar yang suka dapat cuti lama kan.
Alhamdulillah AzharAzfar dah mengaji sampai ke juzuk ke-11 pada 28hb yg lepas (lambat mama nk tulis entry ni) dan sekarang da pun masuk Surah At-Taubah.
Semoga AzharAzfar istiqamah dalam melakukan amal soleh ya dan menjadi anak yang terpuji di dunia dan di akhirat. Ameen. Doa mama ayah tak pernah putus untuk Azhar Azfar.
Sekarang ni mama ayah sedang latih untuk Azhar Azfar solat.
Alhamdulillah Azhar Azfar bergilir-gilir ikut ayah pergi solat jemaah di surau atau mesjid.
Kene bawa seorang je, ermmm kalau kedua-dua sekali bukan solat tapi mainnn...solatlah juga 1-2 rakaat je kot. huhu
cuti ni kami tak pulang ke kampung, mama kene fokus ulangkaji setelah lama sangat tinggal.
Wajib datang lab untuk study haha ambik aura tuk belajar semula tu...iyelah 10 bulan kot nak tunggu viva...kemerosotan ingatan atas apa yang ditulis di thesis menurun..kuikui.
Doakan mama untuk viva nanti ye... :). Viva dapat 1 dan dapat konvo pada bulan 5. Ameen...InshaAllah
Wassalam.
0 comments:
Post a Comment