Friday, January 31, 2014

Al-Quran Juzuk ke-11

Assalamualaikum semua..

Alhamdulillah...harini ramai yang pulang ke kampung sempena cuti raya cina.
Azhar Azfar pun cuti sekolah lama juga sehingga hari selasa..(takde cikgu cina dan pelajar cina pun cuti lama juga ke)
Azhar Azfar yang suka dapat cuti lama kan.

Alhamdulillah AzharAzfar dah mengaji sampai ke juzuk ke-11 pada 28hb yg lepas (lambat mama nk tulis entry ni) dan sekarang da pun masuk Surah At-Taubah.

Semoga AzharAzfar istiqamah dalam melakukan amal soleh ya dan menjadi anak yang terpuji di dunia dan di akhirat. Ameen. Doa mama ayah tak pernah putus untuk Azhar Azfar.

Sekarang ni mama ayah sedang latih untuk Azhar Azfar solat.

Alhamdulillah Azhar Azfar bergilir-gilir ikut ayah pergi solat jemaah di surau atau mesjid.
Kene bawa seorang je, ermmm kalau kedua-dua sekali bukan solat tapi mainnn...solatlah juga 1-2 rakaat je kot. huhu





cuti ni kami tak pulang ke kampung, mama kene fokus ulangkaji setelah lama sangat tinggal.
Wajib datang lab untuk study haha ambik aura tuk belajar semula tu...iyelah 10 bulan kot nak tunggu viva...kemerosotan ingatan atas apa yang ditulis di thesis menurun..kuikui.

Doakan mama untuk viva nanti ye... :). Viva dapat 1 dan dapat konvo pada bulan 5. Ameen...InshaAllah 


Wassalam.

Wednesday, January 22, 2014

Seronoknya Pulang ke Kampung kan

Cuti 3 hari...malam Jumaat pukul 8 baru buat keputusan nak pulang ke Johor.
Da 3 bulan tak balik semenjak Raya Haji bulan 10 tahun lepas :).
Pukul 10 bertolak dan tiba pukul 2 pagi..hihi biasalah tu kan.
Tertunai juga Azhar Azfar nak sangat balik jumpa Nyai dan main kat kampung kan.

Kebetulan Johor pun cuti juga hari Ahad sempena Thaipusam. Sistem baru pun keliru, rupanya hari Jumaat merupakan hari cuti umum maksudnya sekiranya ada perayaan yang jatuh pada hari jumaat,maka cuti akan di tarik dan diganti pada hari Ahad...bestlah kan cmtu. Kalau kt  Selangor ni kalau cuti jatuh hari Sabtu...so isnin kerja juga sebab ahad cuti umum. :). So..dah paham lah ye..pasni nak plan cuti senang kalau nak balik johor. Balik Ganu mang dah lama sistem macam tu, so mang takde masalah.




















































 








































letak gambar dulu nanti baru cerita ye :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...