Tuesday, December 10, 2013

UiTM di Hatiku

Bila dah pindah ni...sememangnya dekat sangat dengan UiTM...cuma Ayah pulak yang kene berulang alik kerja di Shah Alam, kalau dulu kat Puncak ni depan mata je pergi balik kerja.

Sesungguhnya ketetapan Allah adalah yang terbaik kan.

Lagi-lagi masa cuti sekolah ni, ke mana sahaja mama pergi pastilah Azhar Azfar akan ikut kemana mama pergi kan.
Yelah takkan nak tinggal berdua kat rumah, bahaya dahlah Azhar tu terlalu obsertif, kreatif dan semualah yg tif tif kat belakang tu dengan benda-benda baru dan dah pandai nak main buka petik gas dapur lah, suka main gunting la...mereka rasa itulah permainan paling hebat!! Fuhh sangatlah bahaya kan.

Kekadang mama turun UiTM juga...jumpa kawan-kawan..COD Shaklee kat customer juga...coaching juga 

Ini gambar Azhar Azfar singgah ke ofis Umi Su ye :)














Dan ini tadi semasa singgah di lab apabila Cik Cha belanja sempena kesyukuran untuk kelahiran yang tak lama lagi. Semoga dipermudahkan ye Cik Cha dan moga bertambah rezeki.






Best kan cuti sekolah Azhar Azfar....hehe tapi tak kemana pun asyik ikut mama je ke sana sini...tu yang dorang sangat bahagia.

Ohh lupa sebelum pergi lab tadi kitorang pergi rumah akak Karipap....Kak Nor namanya tapi sebab akak tu jual karipap yang sangat superb sedap...Azhar Azfar tak boleh miss beli karipap setiap kali balik sekolah. Alhamdulillah mama pun jadi kawan baik akak tu. Tadi pergi ambil tempahan keropok lekor...sedap keropok tu dari Kuala Selangor...akak tu juga masakkan kami mee goreng yang sangat mabeles juga dan rendang daging kesukaan Azhar...
Azhar baru suap ke mulut terus je cakap "mama, nanti kat rumah mama masak macam ni tau ye...." haha mama ni manalah sangat terror masak..kuikui
Azfar plak nak mama buat air sarsi sejuk macam Acik karipap tu buat juga haha kelakar kan...cm korang tak makan plak kat rumah (hehe mama kekadang malas masak)

Balik tu akak siap tapaukan mee goreng, rendang daging dan tak lupa juga karipap sardin dan karipap kentang yang sangat sedap tu (banyak sangat tu....mgkin sekilo tepung tu..terima kasih Akak, walau kene paksa ambil duit tetap tak nak terima sedekah katanya, Alhamdulillah rezeki kan :) :) )

2 comments:

Rizziela said...

bestnya..blh ikut mama g opis

AzharAzfar said...

hihi..memang kene bawak dorg ni mama Rizz :) :) ni lab tempat belajar mama ni hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...