Al-Quran Juzuk ke-8

3:23 PM AzharAzfar 2 Comments

Assalamualaikum semua :)

Alhamdulillah 31 Disember 2013 harini Azhar Azfar dah masuk mengaji Juzuk ke-8 Surah Al-An'am.


Esok 1 hb Januari 2014...dan 2 hb Azhar Azfar akan memulakan sesi persekolahan semula di usia 5tahun.
Alhamdulillah, setelah dipujuk akhirnya Azhar Azfar setuju untuk ke sekolah...seronok katanya kat sekolah ada banyak buku dan ada ramai kawan-kawan juga.

Sabar ye...baru daftar semalam, baju sekolah tak basuh lagi, beg dan kasut sekolah pun masih tak beli lagi. Esok inShaAllah...

Malam tadi mama bersyukur sangat Azfar dapat mengaji dengan lancar dan begitu baik sekali.
Bacaan 2 muka surat dalam 15minit adalah pencapaian yang sangat bagus...kurang salah tajwid dan juga sebutan. 
(mula-mula baca satu mukasurat je, tapi bila mama tengok adik baca bagus dan cepat habis...mama pujuk baca dua mukasurat terus pun takde masalah, alhamdulillah...syukur)

Nanti mama akan amali solat dan tegas juga dalam bab solat sebab AzharAzfar dah pandai membaca...boleh ke peringkat seterusnya pula ye AzharAzfar.

You Might Also Like

2 comments:

Unknown said...


Do you have any video of that? I'd like to find out more details. craigslist spokane

Unknown said...


These are really enormous ideas in on the topic of blogging. You have touched some fastidious things here. Any way keep up wrinting. yahoo login