Tuesday, December 24, 2013

Al-Quran Juzuk ke-7

Alhamdulillah, kekadang line internet kat rumah ni tidak berkelajuan tinggi.
Untuk menulis diari kembar pun kadang penuh semangat jadi terbantut jadinya.

Semalam AzharAzfar dah masuk juzuk ke-7 Al-Quran.



Moga misi mama untuk mengajar solat penuh dan yang lain-lain akan mendapat bantuan dan rahmah Allah S.W.T. Ameen.

minggu ni penuh cabaran juga buat AzharAzfar, bilamana mama buka bicara tentang sekolah terus merengek-rengek taknak pergi sekolah terutamanya Azfar.

membuatkan mama terfikir harus kah mama membuka lembaran baru "homeschool" untuk AzharAzfar.. masih dalam pertimbangan lagi...masih dalam mencari rujukan demi rujukan yang terbaik dalam memberikan yang terbaik untuk AzharAzfar.

mama masih belum tamat pengajian lagi. masih menunggu dengan harapan dan debaran viva yang masih tak kunjung tiba. 8 bulan sudah thesis dihantar, Allah Maha Mengetahui.

Doa dan harapan mama moga AzharAzfar jadi anak soleh penyejuk hati mama ayah di dunia dan di akhirat...Ameenn Ya Rabbal Alamin.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...