Tuesday, December 31, 2013

Al-Quran Juzuk ke-8

Assalamualaikum semua :)

Alhamdulillah 31 Disember 2013 harini Azhar Azfar dah masuk mengaji Juzuk ke-8 Surah Al-An'am.


Esok 1 hb Januari 2014...dan 2 hb Azhar Azfar akan memulakan sesi persekolahan semula di usia 5tahun.
Alhamdulillah, setelah dipujuk akhirnya Azhar Azfar setuju untuk ke sekolah...seronok katanya kat sekolah ada banyak buku dan ada ramai kawan-kawan juga.

Sabar ye...baru daftar semalam, baju sekolah tak basuh lagi, beg dan kasut sekolah pun masih tak beli lagi. Esok inShaAllah...

Malam tadi mama bersyukur sangat Azfar dapat mengaji dengan lancar dan begitu baik sekali.
Bacaan 2 muka surat dalam 15minit adalah pencapaian yang sangat bagus...kurang salah tajwid dan juga sebutan. 
(mula-mula baca satu mukasurat je, tapi bila mama tengok adik baca bagus dan cepat habis...mama pujuk baca dua mukasurat terus pun takde masalah, alhamdulillah...syukur)

Nanti mama akan amali solat dan tegas juga dalam bab solat sebab AzharAzfar dah pandai membaca...boleh ke peringkat seterusnya pula ye AzharAzfar.

Tuesday, December 24, 2013

Uncle Syed, Uncle Mizi, Cik Min

Masa mula-mula pindah ramai kawan-kawan yang datang melawat.
Almaklumlah rumah ni berdekatan dengan UiTM Puncak Alam, kalau ada apa-apa yang penting mama turun UiTM kalau tak pun kawan-kawan mama senang juga nak singgah sebab dekat.

Ni masa Uncle Syed dan isteri jemput datang ke rumah mereka...

Biasalah rumah kami ni rumah student lagi hihi..Alhamdulillah..



Uncle Syed dan isteri...terima kasih ye jemput kami datang rumah.
Sedap Auntie Hilal masak nyamnyam nyam...


Uncle Mizi...hehe kelakarkan saja je Uncle Mizi nak tunjuk wallet kosong...baru kitorang paw aiskrim je hihi...anyway terimakasih banyak sudi ziarah kami dan belanja aiskrim juga...sedapp... nak lagi boleh tak??
Cik Min...terima kasih sangat selalu datang rumah kami walaupun dengan dua orang hero kecil Hanif dan Hasif. Bukan senang nak pandu kereta dengan dua orang anak kecil. Terima kasih Cik Min ya... :)

  

Cik Min, Uncle Mizi dan Uncle Syed adalah rakan seperjuangan mama sebagai post grad. Kami adalah satu kumpulan dalam menjalankan kajian berkenaan Nanoparticle. Banyak ranjau onak duri kami lalui bersama dan kami juga seperti adik beradik. Bila kami berkumpul dan salah seorang tiada mesti kurang umphh nak berborak. Uncle Syed dan Uncle Mizi dan berjaya menhantar thesis master tinggal Cik Min semoga Allah bantu untuk menyiapkan penulisan thesis. Semoga kita sampai ke garisan penamat. Ameen.

Go go Chaiyokk!!!

Cendol Bakar Kuala Selangor

Glemer juga cendol ni, ramai juga blogger yang tulis tentang cendol bakar ni.

Alang-alang dah lalu kan singgahlah nak merasa juga keenakkannya ye tak hihi







Boleh tahan juga rasanya...apa yang boleh dikatakan bila mula minum tu cendol tu rasa sangat segar...bila minum banyak kali barulah terasa dan kenalpasti rupanya gula melaka yg terdapat dalam cendol tulah yang dibakarnya....sebab itulah namanya pun Cendol Bakar...hihi sedapppp...jauhlah plak nak merasa lagi...

Apa yg Azhar Azfar suka buat dalam bilik

Biasalakan kanak-kanak riang kalau senyap tu adalah projek diorang sedang dijalankan.
Kadang-kadang perhati juga risau diorang suka bermain benda-benda tajam...pastu berebut gaduh tak ke naya kan... erm





macam-macam ada kan atas katil diorang ni, mama kekadang biarkan saja diorang bermain. Laptop ada, buku ada...macam-macam adalah kan.

Kanak-kanak suka explore benda-benda baru walaupun cukup dengan satu pengorek pensil dah cukup puas mereka bermain sampai habis kaler pensil, kaler krayon atas bawah dikoreknya...erm...tak larat nak ceramah dah.hihi..
ni yang paling kelakar mama rasa...sampai spiderman pun nak sangkut kat dinding...biasanya diorang sangkut plastik beg yang di dalamnya penuh dengan mainan.
Macam-macam korang kan Azhar Azfar
cute plak tengok spiderman macam tu...haha

Yeay Nyai Datang Rumah Kita

Rindu Nyai..
Selalu ajak balik kampung...dah lama abg adik tak main dengan abg Mirza, Abg Habib...kakak Intan..dah lama kita tak balik rumah nyai kan....

Erm...ni Nyai dah datang bersama Dina comel, Cik Han, Cik Aina dan juga kakak Iqa yg AzharAzfar suka bergaduh kan hehe



tengokk.....di mana ada Dina... di situ ada abg kemborr kan Dina...hehe maaf ye Dina...abg kembor suka kacau...hihi


maaf Mama Aina...hikhik




Ni dorang ngaji sama-sama ni... comel kan

hehe..ngantuk Dina tunggu Mama Papa lek ye..

kat mana Dina kat situ abg kembar..
hihi kakak IQA..


pergi Masjid Shah Alam ajak kakak Iqa jejalan

tasik Shah Alam


penat..ngantuklah..nak tidur...sib kakak IQA ada..hihi



haa...semangat tak nak pergi masjid ni..
nak tengok UAI hehe




g ICT

hahahaha...Dina cari mama n kakak Iqa kat atas tu...abg kembar dengan wak 
Rozi pun ada juga kat atas tu kan





yeayyyyy kakak Iqa Heppiiii
makan belebet...
terima kasih banyak-banyak Mak Long kakak Iqa...siap ada hadiah lagi dari kampung


bye...huhu sedih..semua nak balik

suka suka sukaaaa....terima kasih Mak Long


Alhamdulillah sangat gembira Nyai.. Cik Aina Cik Han Dina dan kakak Iqa datang... nanti datang lagi ye...
Best sangat-sangat

Terima kasih Han Aina ajak Mak jejalan sini ye...

Wassalam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...