Tuesday, November 26, 2013

Al-Quran Juzuk ke-5

Alhamdulillah...perlahan-lahan AzharAzfar sudah melangkau ke Juzuk ke 5 Surah An-Nisa'



walaupun kesibukan melanda Alhamdulillah mengaji tetap mengaji juga.

kekadang mama tak sempat nak mengajar yang lain-lain tetapi sekurang-kurangnya sehari mesti ada waktu untuk mengaji dan juga solat.

Alhamdulillah
Terima kasih Ya Allah atas kurnian Mu

Tuesday, November 12, 2013

Kelab Kembar Malaysia (KKM) Masuk Sinar Harian

Akhbar Sinar bertarikh 11 November 2013 memaparkan gambar ahli2 Kelab Kembar Malaysia (KKM).


Perhimpunan Pasangan Kembar


Wah..gambar pengerusi KKM pun ada.. bersama isteri dan anak2...

Lanjut
sumber

Monday, November 11, 2013

Kami Pindah Rumah

Alhamdulillah 2tahun penantian urusan rumah akhirnya kami sekeluarga dapat berpindah ke rumah baru. Nak kata baru pun taklah baru kan, rumah second hand yang tidak didiami lagi hanya disewakan 2 bulan sahaja oleh penjual sebelum kami masuk.

Alhamdulillah 31 Oktober lepas Ayah ambil kunci rumah, dan hari Sabtu kami terus berpindah.
Kami tak sempat kemas apa sangat sebab tahu pun saat akhir dapat masuk rumah baru, sementalah pula mama tak berani sangat nak angkat barang berat-berat. Tahan diri je sebenarnya, kalau ikutkan dah angkat dan kemas dah semua yang ada di dalam rumah la,a tu. Tapi kesiankan badan sendiri kan...huhu.

Alhamdulillah pada pagi yang sama juga Penyelia mama what'sapp "JPP accepted" ...alhamdulillah kertas kerja jurnal diterima dan mama tentulah rasa bersyukur sangat sebab tak perlu lagi datang ke lab untuk buat labwork terutamanya kerja-kerja tikus tu huwaaa....alhamdulillah sebak juga rasa pagi tu. Lama sangat kan belajar bergelumang di lab dengan sample, glassware..tikusss.....uhhhuu...syukur.

Maka, mama tak sabar nak pergi lab buat clearance semua sample dalam fridge dan dessicator semua tu. 
(eh lari tajuk)

Ok...kami berpindah dari Meru ke Puncak Alam. Rumah setingkat 3 bilik. Memang dekat sangat dengan UiTM...

Terima kasih diucapkan kepada Ayah Long sekeluarga yang datang dr Putrajaya, kawan-kawan baik yang datang membantu kami pindah rumah Syed, Azani dan juga jiran yang baik hati Adam dan Ayah Adam datang menolong walau pada mulanya hanya seorang dua sahaja yang dapat membantu tapi mama bagitau Ayah inshaallah Allah akan tolong masa kita pindah nanti. Jasa baik mereka yang membantu membungkus barang-barang masuk kotak, masuk plastik hitam sebab kami tak kemas dan tak packing langsung semua tu...dan juga tenaga kalian membantu mengangkat barang naik turun lori ye. Terima kasih kepada Ayah Ibu (pengasuh AzharAzfar dulu) yang menolong tanpa mengambil upah sewa lori. 

Alhamdulillah kami bersyukur kerana dikelilingi teman-teman dan saudara yang membantu dan sentiasa mendoakan.

Barang tak la nampak banyak, tapi iyelah dengan barang-barang kembar dan mama yang dah bermastautin di Selangor ni lebih 15 tahun, tentu banyak kan barang yang kecik-kecik hehe.
Sampai hari ni pun, kami tak siap lagi mengemas sebab takde stor untuk simpan barang-barang. Pepandailah kan ye nak selit kat mana dalam rumah tu.

Nanti ye gambar rumah kami, rumah yang biasa saje...tapi kami bersyukur..

Alhamdulillah

Al-Quran Juzuk ke-4

Alhamdulillah..

Perlahan-lahan Azhar Azfar dah mengaji masuk Juzuk 4 malam tadi.

Alhamdulillah, mama tak paksa sangat mengaji Azhar Azfar cuma mama tekankan displin semasa di rumah paling bagus 3 kali mengaji satu muka surat sekali dalam sehari, so sehari dapatlah mengaji paling bagus 3 mukasurat.

Walau kekadang ada hal-hal yang tak dapat dielakkan seharian pun tak mengaji.

Iyelah sementara mama duk kat rumah ni kan...nak la juga pahala mendidik AzharAzfar tuk akhirat.. Inshaallah.

Nak bagi harta dunia mama tak mampu lagi sekarang, tapi Inshaallah mama bagi yang terbaik untuk ilmu akhirat Azhar Azfar ye.

Apa yang mama perhatikan sekiranya banyak masa Azhar Azfar di depan laptop menonton cerita kartun ke, madagascar ke, seafood ke dan lain-lain. tahap mengaji AzharAzfar merudum. Banyak kesalahan bacaan, tajwid dan tak fokus. Asyik meliar je mata tu, maka mama terpaksa hentikan AzharAzfar dari tengok kartun..dan memang ia sangat membantu.

(maaf ye mama ni kekadang konon sibuk sampai AzharAzfar terbiar kat rumah sudahnya AzharAzfar ambil laptop dan tengok kartun, maafkan mama ye)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...