Monday, September 23, 2013

Satu Surah je tau Mama

Azhar Azfar...

Jom mengaji

Abg nk mengaji satu surah je tau..
Kenapa satu je..
Sebab abg baca dua semalam..
Kenapa abg berkira dengan Allah?
Err..
Tadi ape yang Allah dah bagi kat abg?
Senyap...

Tadi abg dapat apa?
Senyap... (sebab sambil main dengan Azfar)

Azhar Azfar...
mari sini mama nak cakap sikit...

mama tanya kenapa abg nak baca satu je?
cuba Azhar Azfar tengok...Allah bagi apa kat kita?
Diam...
Allah dah bagi Azhar Azfar aiskrim td kan...karipap...keropok lekor...
Senyap lagi..
Cuba Azhar Azfar tengok...Allah bagi Azhar Azfar mulut kan...boleh guna untuk makan, betul tak?
Angguk...
Lagi boleh guna untuk apa?
Ngaji...

Bagusss...

mama mama tadi kan kat sekolah kan kawan adik buat cmni (jelir lidah)...
haa...elok tak buat macam tu?
takk....
pastu dia ludah...

Em...ada orang lain Allah tak bagi mulut pun...ada mulut pun tak boleh makan...sebab tu Allah da bagi kita mulut kita kene bersyuuuu....

...kurrr.....

Dah Azhar Azfar nak mengaji tak ni?
(terus angkat rihal)

-----------------------------
jadi mama kene banyak psikologi

1 comment:

Rizziela said...

Anak2 sy belum lagi belajar ngaji..susah nak cari area kajang ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...