Monday, September 23, 2013

Karenah Azhar mengaji

Azhar...

Kenapa mengaji main-main ni...
Baca 'auzubillah...' biar syaitan semua lari...
Macam dalam laptop ayah tu ke..
Mama angguk...



5min...
Azhar...kenapa ngaji kejap kaki kat situ..duduk senget2 macam tu..
Mama dah cakap bila Azhar duduk elok-elok, ngaji elok-elok..sekejap je Azhar baca kan..jari Azhar tak tunjuk pun kat Al-quran ni...
senyap (monyok dan tunduk je)
psiko psiko...(tarik nafas dalam-dalam)

Azharrr....cuba tunjuk jari Azhar kat mama...
(keluarkan tangan..)
cuba Azhar tengok kat jari ni ada garis-garis kan...kenapa Allah bagi garis-garis ni...
sebab boleh bengkokkan jaa...rii...kan..
tengok jari Azhar pun ada...kalau takde garis ni boleh bengkok tak?
Geleng..
Cuba Azhar tengok tangan Azhar ni...bila Azhar gerakkan kesemua jari ia bergerak kan...Azhar gerakkan satu..gerak satu persatu kan...

(Alhamdulillah Azhar gerak-gerakkan tangan dan teliti satu persatu)

sebab apa...sebab Allah jadikan otak hantar isyarat kat jari Azzhar..
otak kata gerak satu...ia gerak saaatu...
otak kata gerak semua...gerak semuua...cantik tak?
Angguk (dah nampak ok sikit)

Aritu Azhar ingat tak acik kat pasar tu...dia ada tangan tak...
Geleng...
kesian tak kat dia..
Angguk...
sebab tu kita kene bersyuuu...
...kurr...(alhamdulillah dah senyum)

dah baca 'a u..' lagi...

selepas 5min...
sodakollahul azim....(senyum)
mama sok abg nak ngaji 2 tau!!

------------------------------------------
ngaji malam surah At-Takwir... psiko lagi lama dari mengaji

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...