Al-Quran Juzuk Pertama
Azhar Azfar...Alhamdulillah....
Bismillahirrahmanirrahim....
Alifffff....Lammmm....Mimmm...
Dzalikal kitabulaa roibafihh.....
Permulaan baru untuk Azhar Azfar malam ni...
Alhamdulillah
Surah-surah pendek di muqaddam dah habis...
Sambung terus di Al-Quran sebab nak ajar bagaimana mengaji ayat-ayat panjang pulak..
Nak ajar bagaimana dan di mana boleh waqof, boleh terus sambung...
Ayat-ayat dalam Surah Al-Baqarah ni panjang-panjang...dengan kanak-kanak seusia 4 tahun nak tahan nafas tercungap-cungap..kesian juga...maka sebab tu mama tak sabar nak sangat Azhar Azfar bermula awal Al-Quran supaya boleh biasakan diri di mana bolah waqof...wasol...
Alhamdulillah...hukum tajwid ada yang Azhar Azfar boleh baca dengan baik.
Mad Asli, Izhar, Ihfa', tanwin, dengung, iklab, qolqolah...mad arid lissukun...
Cuma kadang-kadang biasalah budak-budak ni bila masa asyik nak main je...banyak je jadi tak betul...
Sampai mama pun kekadang jadi letih juga nak tazkirah dan psikologi sebelum/semasa mengaji.
Sampai tarik nafas dalam-dalam dan dah tak de idea dah.
Alhamdulilllah harini bermula lah perjalanan baru Azhar Azfar dalam mengaji...
Moga mama sabar dan tabah dalam mendidik kalian...kerana Azhar Azfar saham akhirat mama dan ayah...
Moga Azhar Azfar menjadi anak-anak soleh, berbudi pekerti, berakhlak mulia, menjadi anak yang terpuji di dunia dan di akhirat..sentiasa beriman dan beramal dengan ilmu yang Azhar Azfar ada..
Ameen..
Azhar Azfar maafkan mama sepanjang mama mendidik Azhar Azfar... mama ni pun ada tahap kesabaran yang kadangkala di luar kawalan lebih-lebih lagi bila Azhar Azfar....emm...macam-macam karenah...
0 comments:
Post a Comment