Saturday, September 28, 2013

Genap setahun Arwah Yaie..

Assalamualaikum semua…

Pagi tadi…

Mama…mama..kenapa mama sedih…kenapa mama nanges? (tanya Azhar)
mama senyap je tunduk menyeka air mata daripada jatuh di atas tikar sejadah…
Mama ingat Yaie ye …. (tanya Azhar lagi)
Emmm…mama angguk… (Azhar terus duduk kat riba mama)
Mama ingat kat Yaie ye…Yaie dalam kubur…Yaie kat syurga kan…(lagilah bergenang-genang air mata ni)



------------------------------------------------------------------
Genap setahun pemergian Arwah Abah ikut kalendar Islam…


Dalam setahun juga inilah tak pernah bermimpi berjumpa Abah walau dalam doa memohon merayu dalam kerinduan ingin memeluk tubuh Abah…
Di keheningan dingin malam tadi…tidak disangka-sangka Abah datang dalam mimpi… dapat memeluk Abah tanpa kata-kata namun diiringi tangisan yang tiada sendu…akhirnya dapat jua melepaskan sedikit kerinduan yang dibendung selama ini…


 Mama ayah Azhar Azfar tidak dapat bersama keluarga Nyai di Benut untuk sama-sama majlis tahlil untuk Arwah Yaie…hanya tahlil kami kirimkan dari sini buat yang tersayang Arwah Abah…Almarhum Haji Sumiran Selamat…Semoga Abah bahagia di sana bersama para solihin…moga kita bertemu di syurga Abah…


Al-fatihah untuk Almarhum Hj Sumiran bin Selamat

Bismillahirrahmanirrahim...


Thursday, September 26, 2013

Ais krim, keropok lekor dan karipap


Azhar Azfar..



Ini adalah belian wajib setiap hari balik sekolah

Tapi..sebelum tu..
Nanti nak ngaji berapa?
Tunjuk 2 jari

No..(mama geleng)

Tunjuk 5 jari

Ok promise?
Angguk








Tapi dah dua hari, Azhar Azfar tak beli apa apa pun, mama pun tak turun dari kereta sebab 
Azhar Azfar memang nak simpan duit nak pergi haji..

Alhamdulillah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...