Sunday, June 24, 2012

Sejuknya kat Cameron Highland!!

Bestnya dapat pergi bercuti di Cameron Highland. Last aku ke Cameron, pada awal 2005, waktu tu jaman bujang aku la. Ni lagi seronok dapat pergi bersama family sendiri, bawa anak-anak dan isteri...

Sebenarnya kami dapat voucher free Rm300 dari Nana dan Jali. Kami ke sana tompang kereta dorang la... lagi seronok 2 family jalan sama2. Jalan-jalan sakan...

Walaupun waktu siang sejuk, tapi ok la..masih boleh tahan... tiba jer waktu malam...memang tak boleh tahan, sangat sejuk.. huhu.. macam mana ni nak main salji kat oversea, kat cameron pun dah tak tahan.. apa-apa pun kitorang seronok.


Bersiap-siap nak keluar jalan-jalan


Best!! kat hotel tempat kitorg menginap pun ada kolam


Tengok arnab


Tengok Ikan


Tengok Ikan


Tengok Ular dalam sangkar


Rama-rama hinggap atas topi Azfar. Sebelum tu, rama-rama hinggap atas bahu Azhar, Azhar menagis ketakutan. apa la Azhar ni... Rama-rama jer...!!!


Masuk Taman Rama-rama


hehe.. kan dah hinggap atas kepala Mama.


Masih kat Taman Rama-rama, seronok...


kat tempat kotorg menginap

Terima kasih kat Cik Jali dan Cik Nana kerana bawa kami tompang kereta dan bawa kami p jalan-jalan.


Kat pintu masuk Hotel tempat kami menginap


luas betul ladang Teh


Tengok permandangan ladang teh


Lawak!!! aktiviti mencari selipar hilang, terjatuh. Sempat lagi tu Jali tangkap gambar kitorg


Cafe berdekatan ladang teh


ini on the way balik rumah, singgah sekejap nak tengok ladang teh...

Monday, June 18, 2012

Pantai Oh Pantai!!

Kalau balik Terengganu, memang tak sah kalau tak ke pantai.. seronok sebenarnya lepak kat tepi pantai ni... pantai bersih, udara pun nyaman... "gi skali.. nok gi sokmo", kata orang terengganu.


Ombak tak kuat, ok la..


Seronok Azhar dan Azfar main pasir...



Ni Azhar, leka main pasir..

Tolong Nenek Tanam Nanas

Kalau kat Puncak Alam, korang tolong ayah dan mama tanam pokok buah naga, balik kampung, korang tolong nenek tanam nanas pula ya.. bagus..bagus.. macam tu la anak ayah dan mama...


Sengaja aku minta lebih benih nanas dengan mak mertua aku agar aku boleh bagi pada mak aku sedikit benih untuk dia tanam.. Mak aku ni minat bercucuk tanam.. daripada terbiar jer tanah kat depan rumah tu, ok la tanam nanas.



Pertama Kali Naik Kuda

Selepas bermain-main di taman permainan Pantai Teluk Ketapang, Kuala Terengganu, aku bawa Azhar dan Azfar naik kuda yang berhampiran taman permainan tu. Pada mulanya dorang ok jer naik, diam tak kata apa-apa pun... masuk jer pusingan ke tiga, tiba-tiba kuda yang dinaiki dorang batuk.. dorang apa lagi, terus la menjerit, menagis.. meminta agar diturunkan..

Gelagat dorang aku rakam dengan video camera pada hp aku... kira ok la dorang ni.. naik kuda tak terus nangis.. waktu aku kecil-kecil dulu..mak aku cerita..katanya aku dulu naik jer kuda terus nangis..haha.....


Seronok la dapat naik kuda.. hehe

Ikut Ayah Pergi Kebun

Bagus anak-anak ayah ikut ayah gi kebun, nak tolong ayah dan mama bersihkan kebun dan tanam pokok... nak tanam pokok apa ya? apa-apa pokok pun bolehlah...


Sarapan dulu sebelum mulakan kerja


Tolong mama tanam pokok buah naga. Nanti dah berbuah boleh makan ya.


Dah penat ni... baring dulu bawah pokok kelapa sawit..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...