anak kembar,
Keesokan hari aku membawa lagi Azhar ke klinik yang sama.. Aku memaklumkan kepada doktor akan perkembangan Azhar dan meminta agar Azhar diperiksa dengan teliti. Doktor memaklumkan bahawa Azhar perlu menjalani pemeriksaan di Hospital. Doktor menyiapkan laporan pemeriksaan dan menyerahkan kepadaku.
Aku dan isteri membawa Azhar ke Hospital Putrajaya. Setelah pemeriksaan dibuat, Azhar diberi ubat yang sama seperti yang telah diberikan oleh Doktor di Klinik Swasta tempoh hari. Aku agak kecewa.
Isteriku memberitahu yang Pengasuh kepada Azhar dan Azfar menyarankan agar Azhar dibawa berubat secara tradisonal (berubat kampung la tu..). Kadang-kadang tidak semua penyakit tu boleh diubat dengan cara moden. Tidak salah kalau kita ikhtiar.
Di malam hari, Kak Zila (Pengasuh Azhar Azfar) membawa kami satu family ke rumah seorang pakcik yang dipanggil sebagai Wak. Rumahnya tidak jauh dari rumah kami. Wak memeriksa keadaan Azhar. Wak mengatakan Azhar terkena Sawan Orang Meninggal... huhu..terkejut juga aku.. masakan tidak, manalah aku pernah bawa anak-anak aku pergi menziarah atau lalu depan rumah orang meningal. Tetapi bila melihat keadaan Azhar yang seakan-akan tidak bermaya itu, ada kemungkinan kata-kata Wak itu benar. pada pendapat aku, mungkin Azhar terkena gangguan makhluk halus..tetapi dalam ertikata 'jawanya', gangguan seumpama itu dipanggil sebagai terkena sawan orang meninggal.
Kata-kata Wak itu mengingatkan aku pada tingkah laku Azhar ketika mendengar Azan yang berkumandang di kaca TV rumahku. Sebaik sahaja mendengar laugan Azan, Azhar terus berkata ' takut...takut..'. Azhar terus bereda menjauhi TV. Perkara itu membuatkan aku terfikir mungkin Azhar terkena gangguan dari makluk halus.
Wak menyediakan beberapa campuran bahan-bahan seperti beberapa jenis bunga, tanah, beberapa lagi bahan lain untuk dicampur dengan Air mandian Azhar. Di rumah, aku menyediakan bahan2 yang telah diberikan oleh Wak untuk mandian Azhar. Ketika aku menyiram air ke badan Azhar, tiba-tiba meremang bulu tengkokku... orang tua-tua kata kalau kita meremang bulu roma, ada makhluk halus berhampiran dengan kita.. aku tidak hiraukan perkara itu, aku teruskan memandikan Azhar. Azfar juga aku mandikan dengan 'Air Mandi Bunga' yang diberikan oleh Wak.
Dengan kuasa Allah S.W.T, keesokkan harinya Azhar kelihatan ceria dan banyak bercakap. Alhamdulillah.. Azhar sudah sihat.. boleh la join Gathering Geng Kembar nanti.
Kasihan Azhar....
Setelah diberi makan ubat cacing, Azhar mengalami muntah-muntah, cirit-birit dan kencing tak lawas. Azfar Alhamdulillah sihat. Keesokan hari, aku membawa Azhar ke klinik yang sama dan memaklumkan keadaan Azhar yang agak teruk. Doktor mengatakan mungkin secara kebetulan Azhar sudah tidak sihat dan bukan disebabkan oleh ubat cacing yang dimakannya. Aku akur dengan kata-kata doktor tu.Putihnya.. Azhar dan Azfar disapu dengan bedak sejuk. Lucu...
Dua hari berlalu, Azhar masih tidak sihat, walaupun ubat sudah diberikan. Azhar tidak kencing selama 2 hari, cirit-birit dan muntah. Azhar kelihatan pucat dan matanya kuyu sepanjang hari...makan pun Azhar tidak mahu. Isteriku meminta aku search melalui internet akan punca-punca berlakunya penyakit sedemikian dan rawatan yang perlu di ambil.Keesokan hari aku membawa lagi Azhar ke klinik yang sama.. Aku memaklumkan kepada doktor akan perkembangan Azhar dan meminta agar Azhar diperiksa dengan teliti. Doktor memaklumkan bahawa Azhar perlu menjalani pemeriksaan di Hospital. Doktor menyiapkan laporan pemeriksaan dan menyerahkan kepadaku.
Aku dan isteri membawa Azhar ke Hospital Putrajaya. Setelah pemeriksaan dibuat, Azhar diberi ubat yang sama seperti yang telah diberikan oleh Doktor di Klinik Swasta tempoh hari. Aku agak kecewa.
Isteriku memberitahu yang Pengasuh kepada Azhar dan Azfar menyarankan agar Azhar dibawa berubat secara tradisonal (berubat kampung la tu..). Kadang-kadang tidak semua penyakit tu boleh diubat dengan cara moden. Tidak salah kalau kita ikhtiar.
Di malam hari, Kak Zila (Pengasuh Azhar Azfar) membawa kami satu family ke rumah seorang pakcik yang dipanggil sebagai Wak. Rumahnya tidak jauh dari rumah kami. Wak memeriksa keadaan Azhar. Wak mengatakan Azhar terkena Sawan Orang Meninggal... huhu..terkejut juga aku.. masakan tidak, manalah aku pernah bawa anak-anak aku pergi menziarah atau lalu depan rumah orang meningal. Tetapi bila melihat keadaan Azhar yang seakan-akan tidak bermaya itu, ada kemungkinan kata-kata Wak itu benar. pada pendapat aku, mungkin Azhar terkena gangguan makhluk halus..tetapi dalam ertikata 'jawanya', gangguan seumpama itu dipanggil sebagai terkena sawan orang meninggal.
Kata-kata Wak itu mengingatkan aku pada tingkah laku Azhar ketika mendengar Azan yang berkumandang di kaca TV rumahku. Sebaik sahaja mendengar laugan Azan, Azhar terus berkata ' takut...takut..'. Azhar terus bereda menjauhi TV. Perkara itu membuatkan aku terfikir mungkin Azhar terkena gangguan dari makluk halus.
Wak menyediakan beberapa campuran bahan-bahan seperti beberapa jenis bunga, tanah, beberapa lagi bahan lain untuk dicampur dengan Air mandian Azhar. Di rumah, aku menyediakan bahan2 yang telah diberikan oleh Wak untuk mandian Azhar. Ketika aku menyiram air ke badan Azhar, tiba-tiba meremang bulu tengkokku... orang tua-tua kata kalau kita meremang bulu roma, ada makhluk halus berhampiran dengan kita.. aku tidak hiraukan perkara itu, aku teruskan memandikan Azhar. Azfar juga aku mandikan dengan 'Air Mandi Bunga' yang diberikan oleh Wak.
Dengan kuasa Allah S.W.T, keesokkan harinya Azhar kelihatan ceria dan banyak bercakap. Alhamdulillah.. Azhar sudah sihat.. boleh la join Gathering Geng Kembar nanti.
3 comments:
Alhamdullillah.. Nampak ceria diorang kat berkelah aritu..
alhamdulillah...bila anak2 tak sihat ni, kitalah yang tak lena tidur kan. mintak2 azhar terus sihat ye~
alhamdulillah...mujurlah time berkelah tempoh hari dorg sihat. kalau tak...tak tau la boleh join perkelahan tu ke tak...
Post a Comment