Thursday, April 14, 2011

BEN ASHAARI GEGAR LAGI

Adik Pandai


Tanpa berfikir panjang, aku terus membeli VCD Adik Pandai ni dari rakan Office aku.. katanya ada 4 stok lagi. Macam menarik pula aku lihat... harga pasaran RM19.90, aku beli RM16.90 jer..biasalah, harga kawan-kawan. Erm.. dari membazir duit tu ke arah lain...baik aku habiskan duit untuk anak2 aku. Esok boleh la test VCD ni bagi anak-anak aku tengok...
 
Antara kandungan dalam VCD ni adalah:
- Menyebut A B C
- Lagu A B C
- Lagu Menyebut A B C
- Count One Two Three
- Sing One Two Three
- Menyebut Alif Ba Ta
- Nasyid Alif Ba Ta
- Mengira Dalam Bahasa Arab
 
p/s : Aku rasa kawan-kawan yang ada anak kecil berumur antara 2 hingga 6 tahun patut beli VCD ni, korang cari la kat kedai, ada tu.. selamat menonton.

Tuesday, April 12, 2011

Tetamu tidak diundang - mengacau jer

2.00am, "Mama...Tuu..mama...tu..." itu la kata-kata anak sulungku sambil menunjukkan jarinya ke arah dinding bilik kami itu. Oooo... Anakku Azhar tu boleh nampak rupanya.. Isteriku memanggil namaku (aku yang sedang nyenyak tidur zzZZ) dan memberitahu akan perkara itu.

Aku dapat merasakan kehadiran tetamu yang tidak diundang itu...tidak dapat dilihat dengan mata kasar tetapi dapat dirasai kehadirannya.. Kanak-kanak yang tidak berdosa, Allah bukakan hijab membolehkan mereka melihat makhluk halus.

Aku ke dapur dan tuangkan air bacaan Yassin ke dalam bekas, aku bacakan surah Al-Fatihah, 3 Qul, dan Ayatul Qursi dan hembuskan pada air itu. Seterusnya, sambil membacakan Ayatul Qursi, aku renjiskan air bacaan Yassin itu ke setiap penjuru bilik dan rumah.

Alhamdulillah.. kehadiran makhluk tu sudah tidak dirasai...

p/s: entah dari mana tetamu yang tidak diundang tu datang... macam2 hal.. nak datang pun, datang la siang2... ni aku tengah lena diulit mimpi yang indah-indah... kacau daun betul...

Tuesday, April 5, 2011

Jom Berkelah Dengan Geng Kembar Kali Ke 2 (Part 1)

3 April 2011
Jom Berkelah Dengan Geng Kembar telah diadakan untuk kali yang ke 2 yang bertempat di Taman Seri Empangan, Presint 5, Putrajaya. First, aku nak ucapkan tahniah buat Huszaini dan isteri kerana berjaya mengumpulkan lebih kurang 20 Family. Suasana berbeza berbanding Jom Berkelah Dengan Kembar Kali Pertama. Kali ini nampaknya betul-betul meriah. Mana tidaknya, lebih 20 family yang hadir. Ben Ashaari pun turut hadir memeriahkan majlis.

Aku turut invite kawanku dari Putrajaya yang juga mempunyai anak kembar iaitu Nik Mohd Haffiz Zainaldin dan Isteri. Nik Mohd Hafiz turut mengajak kawannya iaitu Safwan dan isterinya Cikgu Sufa Dewi Ariana dari Putrajaya. Terima Kasih kerana sudi turut serta ke majlis Jom Berkelah Dengan Geng Kembar Kali Ke 2.

meriah jer...

Ini calon menantu ke? hehe

Ramai kan...

Family Cikgu Sufa Dewi Ariana dan Suami, Safuan

Nik Mohd Haffiz Zainaldin bersama isteri serta kembar mereka. Dorang first time datang gathering ni tau.. Anak kembar mereka bernama Faris dan Fais


Kembar Aleesa dan Aleeya
Klik untuk berkunjung ke blog mereka






Yang ini ramai yang kenal kot.. ini Nisa dan suami


Ummi Izan dan Suami Serta anak-anak

Comel kan? ini Sharifah Hanisah dan Suami bersama Anak kembar mereka iaitu Nazirah dan Nazihah. Selamat hari lahir diucapkan pada kembar berdua ni. Si kakak berdua tu kembar juga ke? aku tak pasti lah.. sekilas pandang..muka macam sama jer.. dua kali pandang macam tak sama la pula..

Yang ini mesti korang kenal punya.. Encik Penganjur, Husaini dan isteri serta Auni..Auni..Auni.. hehe.. Terima kasih kepada Encik Huszaini ya, lain kali kita berkelah lagi..



Alahai..comelnya kember berdua ni... ini kember Athirah dan Athikah
Klik Untuk ke Blog mereka




Comel Sara n Kyra
Gambar ni aku ciplak dari blog http://diariummi.blogspot.com/ jangan marah ya...

View yang cantik...

Uncle Ben pun ada ni.. Sempat juga bergambar dengan Uncle Ben. Thanx Uncle Ben kerana Join kitorg..

Untuk menonton tayangan video aktiviti Jom Berkelah Dengan Geng Kembar Kali Ke 2, Sila ke 1tube.my

Korang nak tengok gambar lagi, sila-sila la melawat blog di bawah ni...

Monday, April 4, 2011

Kasihan Azhar....

Setelah diberi makan ubat cacing, Azhar mengalami muntah-muntah, cirit-birit dan kencing tak lawas. Azfar Alhamdulillah sihat. Keesokan hari, aku membawa Azhar ke klinik yang sama dan memaklumkan keadaan Azhar yang agak teruk. Doktor mengatakan mungkin secara kebetulan Azhar sudah tidak sihat dan bukan disebabkan oleh ubat cacing yang dimakannya. Aku akur dengan kata-kata doktor tu.

Putihnya.. Azhar dan Azfar disapu dengan bedak sejuk. Lucu...

Dua hari berlalu, Azhar masih tidak sihat, walaupun ubat sudah diberikan. Azhar tidak kencing selama 2 hari, cirit-birit dan muntah. Azhar kelihatan pucat dan matanya kuyu sepanjang hari...makan pun Azhar tidak mahu. Isteriku meminta aku search melalui internet akan punca-punca berlakunya penyakit sedemikian dan rawatan yang perlu di ambil.

Keesokan hari aku  membawa lagi Azhar ke klinik yang sama.. Aku memaklumkan kepada doktor akan perkembangan Azhar dan meminta agar Azhar diperiksa dengan teliti. Doktor memaklumkan bahawa Azhar perlu menjalani pemeriksaan di Hospital. Doktor menyiapkan laporan pemeriksaan dan menyerahkan kepadaku.

Aku dan isteri membawa Azhar ke Hospital Putrajaya. Setelah pemeriksaan dibuat, Azhar diberi ubat yang sama seperti yang telah diberikan oleh Doktor di Klinik Swasta tempoh hari. Aku agak kecewa.

Isteriku memberitahu yang Pengasuh kepada Azhar dan Azfar menyarankan agar Azhar dibawa berubat secara tradisonal (berubat kampung la tu..). Kadang-kadang tidak semua penyakit tu boleh diubat dengan cara moden. Tidak salah kalau kita ikhtiar.

Di malam hari, Kak Zila (Pengasuh Azhar Azfar) membawa kami satu family ke rumah seorang pakcik yang dipanggil sebagai Wak. Rumahnya tidak jauh dari rumah kami. Wak memeriksa keadaan Azhar. Wak mengatakan Azhar terkena Sawan Orang Meninggal... huhu..terkejut juga aku.. masakan tidak, manalah aku pernah bawa anak-anak aku pergi menziarah atau lalu depan rumah orang meningal. Tetapi bila melihat keadaan Azhar yang seakan-akan tidak bermaya itu, ada kemungkinan kata-kata Wak itu benar. pada pendapat aku, mungkin Azhar terkena gangguan makhluk halus..tetapi dalam ertikata 'jawanya', gangguan seumpama itu dipanggil sebagai terkena sawan orang meninggal.

Kata-kata Wak itu mengingatkan aku pada tingkah laku Azhar ketika mendengar Azan yang berkumandang di kaca TV rumahku. Sebaik sahaja mendengar laugan Azan, Azhar terus berkata ' takut...takut..'. Azhar terus bereda menjauhi TV. Perkara itu membuatkan aku terfikir mungkin Azhar terkena gangguan dari makluk halus.

Wak menyediakan beberapa campuran bahan-bahan seperti beberapa jenis bunga, tanah, beberapa lagi bahan lain untuk dicampur dengan Air mandian Azhar. Di rumah, aku menyediakan bahan2 yang telah diberikan oleh Wak untuk mandian Azhar. Ketika aku menyiram air ke badan Azhar, tiba-tiba meremang bulu tengkokku... orang tua-tua kata kalau kita meremang bulu roma, ada makhluk halus berhampiran dengan kita.. aku tidak hiraukan perkara itu, aku teruskan memandikan Azhar. Azfar juga aku mandikan dengan 'Air Mandi Bunga' yang diberikan oleh Wak.

Dengan kuasa Allah S.W.T, keesokkan harinya Azhar kelihatan ceria dan banyak bercakap. Alhamdulillah.. Azhar sudah sihat.. boleh la join Gathering Geng Kembar nanti.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...