Sunday, February 27, 2011

Pergi Jamuan Majlis Perkahwinan

Malam tadi aku, isteri dan anak2 pergi melawat kawan isteriku yang baru menimang cahaya mata pertamanya di Puncak Alam. Perjalanan pulang ker rumah, aku dan isteri serta anak2 singgah di satu majlis perkahwinan anak jiran aku. Erm..ramai juga yang berkunjung waktu malam2 macam ni.. bukan apa, esok aku kerja.. so, aku tak dapat nak pergi esok. Elok la pergi malam ini terus..

Selera betul anak2 aku makan.. aku pun belum makan lagi.. elok la tu.. tak payah la makan kat rumah..

Banyak Azfar makan...

Azhar pun sama.. byk makan.. tambah2 lagi makan ayam goreng...

Ok la tu.. balik rumah jer..perut dah terisi.. sampai rumah nanti.. sure anak2 tidur punya.. maklum la dah pukul 10pm lebih.. tambah2 perut dah kenyang..

habiskan semua...

Friday, February 25, 2011

Kembar Basuh Baju

Seronok betul bila aku tengok anak-anak aku kecil2 lagi dah rajin nak menolong basuh baju.. tak dikasi nanti menangis pula dorg.. kadang-kadang kasihan pula aku melihat isteriku ke sana ke mari melayan kerenah dorg.. apa-apa pun isteriku pasti senyum sokmo melihat gelagat anak-anak kami tu..ha ha ha..

ini la gelagat dorg.. sibuk nak kicah pakaian..

Bukan itu saje..dorg seronok betul main air...

erm..bagus la.. nanti dah besar..korang basuh la ya.. Ayah dan Mama boleh duk relex.. korg kan Anak Soleh.. Amin...

Kembar Makan Mee Kari

Hari ini aku nak paparkan koleksi gambar anak kembarku yang duk makan mee kari..menyelerakan.. huhu..banyak betul dorg makan (kata mama dorg la...waktu itu aku tak ada kat rumah).
Sedapnya Azfar hirup kuah mee kari...

Azhar pun sama..turut hirup kuah..

Emmm...sedapnya...

Dah nak habis tu Azfar...

Sedapnya..rugi betul Ayah tak ada time ni.. kalau tak, Ayah join sama dengan korang...

wah..sikit lagi tu..cepat hirup...

Habis juga akhirnya ya..bagus..makan banyak2..biar cepat besar.. 

Ni makan apa pula..?? sampai tak pakai baju.. Oooo.. Bihoo Sup rupanya..


Tuesday, February 22, 2011

Ustaz Azhar Ustaz Azfar

Pagi-pagi lagi dorang dah bangun...selepas bersiap, dorang minta nak pakai kopiah.. nah ini dia..dah macam ustaz...

Cute la korang macam ni...

Pagi-pagi minta nak pakai kopiah..

Nanti belajar ngaji ya...

Selepas itu dorang ternampak cicak..

Apa lagi.. kecoh la dibuatnya...


Monday, February 21, 2011

Seronok Kembar Makan Ice Cream

Hari minggu bawa kembar pergi taman permainan di Setia Alam.. Seronok betul dorang bermain.... yang penat adalah Ayah dan Mama...terpaksa memantau korang... biasa lah..korang kan tersangat aktif bergerak..

Dah tak sabar tu menunggu ice cream

Haus sangat ni...

sabar ya..nanti dapat sorang satu..

Erm..kan dah dapat...

 Azfar makan ice cream

 Azhar pun sama....

 erm..sedap...

Azhar makan tak ingat kat Ayah dan Mama ya...

 Ini betul-betul menikmati ice cream ni...

 Cepatlah makan..dah cair tu ice cream....

Saturday, February 19, 2011

Pakai Bedak Sejuk Satu Badan

Cerita ni dah lama...kira-kira 1 tahun yang lalu. waktu itu anak kembarku berumur 1 tahun. Bila aku melihat gambar-gambar ini, aku tergelak sendiri.

Bukanya apa, aku sekadar ingin share pengalaman dengan rakan-rakan lain yang juga anak kembar macam aku ni. Waktu gambar ini diambil, anak kembarku demam. badan dorg panas sangat.

Ubat klinik pun dah diberi, tapi masih panas badan dorg.. Mengikut cara org2 kampung, eloklah disapu bedak sejuk agar kurang panas badan. so, aku dan isteri sapu la bedak sejuk tu.. hasilnya adalah seperti gambar di bawah ini.....

 Ini la rupanya pakai bedak sejuk

 Azhar gelak kat Azfar pasal Azfar nampak putih

 Azhar masih tenung Azfar. Azhar masih tidak sedari yang dia juga putih macam azfar...

Walau demam tetapi tetap senyum..

 Putih sama putih..

Putihnya muka budak ni...

Rama-rama bersayap corak kepala ular

Baru-baru ini kita digegarkan dengan penemuan rama-rama bersayap corak kepala ular yang dijumpai seorang wanita dari Kota Kinabalu, Sabah yang disiarkan oleh Harian Metro.

Untuk pengetahuan semua, Rama-rama tersebut memang banyak terdapat di hutan-hutan dan bersaiz besar. Saya kerap kali menjumpai rama-rama tersebut. Memang kedua-dua sayap rama-rama tersebut bercorak mirip kepala ular. Bagi mereka yang tidak pernah melihatnya, memang agak terkejut dan haran.

Saya yakin ramai dikalangan kita yang pernah dan selalu menjumpai rama-rama seperti yang disiarkan di Harian Metro beberapa hari yang lalu.

Untuk membuktikan kata-kata saya ini benar, saya juga telah menagkap gambar rama-rama tersebut. buktinya seperti gambar di bawah ini....

Ini dia rama-rama yang sayapnya berkepala ular

Monday, February 14, 2011

Bersantai Di Pantai Teluk Ketapang, Kuala Terengganu

Raya Cina tempoh hari aku satu family balik Terengganu coz' lama sudah tidak balik.. rindu sangat kat mak dan ayah.. Mak dan Abah juga ingin ke Terengganu, makan angin Singgah ke rumah Mak dan Ayah aku.

Kalau sudah balik kampung, sudah menjadi kemestian aku akan ke pantai Airport (Pantai Teluk Ketapang). Aku membawa anak-anakku dan jumpa kawan lama di sana.

Azfar dan Azhar.. tengok jer ke pantai?? Tak nak main air ke?

Jom la main air... jom..

aik..main pasir pula..erm..seronoknya..

Kasihanya Azhar.. tergolek-golek rebah ditarik ombak.. kan dah basah..

Kenapa tu Azhar? Termenung dah...

Alahai..kasihanya Anak Ayah dan Mama... sorry la.. ayah tak sempat nak tarik Azhar.. tup2 Azhar dah tergolek...kasihan...

Nanti balik kampung, ayah dan mama bawa korang pergi pantai lagi k.

Sunday, February 13, 2011

Gathering Geng Kembar

Bersetuju dengan cadangan pemilik blog amrafahan.blogspot.com (Huszaini), aku dan isteri membawa anak kembar kami menghadiri gathering geng kembar bertempat di Taman Canselari di Presint Diplomatik Putrajaya.

Berteduh di Pondok.. hujan renyai-renyai
Seronok juga dapat berkenalan dengan family geng2 kembar ni. Bestnya..kembar 3 pun ada. macam-macam kerenah dapatku lihat.

Ini la Azhar dan Azfar

waw!...wartawan Harian Matro pun ada datang tu... siap tangkap gambar kami lagi...

Ini kembar 3 (anak kepada pasangan Tuan Penganjur).. Sempat juga snap gambar dorg...

Meriah betul nampaknya..

Tak silap aku parent kepada kembar ini paling last sampai.. Sempat la bersalaman dengan bapa dorg... org ganu juga macam aku...

Tuan Penganjur (Huszaini) gathering ini mencadangkan mengadakan gathering untuk 2nd time... mungkin akan diadakan pada hari Ahad kerana ramai yg meminta diadakan pada hari Ahad. Erm.. Insya Allah, kalau tak ada aral.. kami akan sertai... apa-apa pun, aku dan isteri mengucapkan terima kasih kepada Tuan Penganjur dan juga parent2 kembar yang lain... seronok berkenalan dengan kalian semua...

Aku dan isteri ingin memohon maaf kerana semalam kami bertolak pulang awal kerana ada hal lain yang hendak diselesaikan..semoga jumpa lagi..

Wednesday, February 9, 2011

Diari Si Kembar...

Azhar dan Azfar di tepi Pantai Teluk Ketapang, Kuala Terengganu

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera... Aku dah Isteri bersyukur kerana dikurniakan 2 cahaya mata kembar. Kehadiran kamu berdua menceriakan lagi hidup Ayah dan Mama. Sekarang ini Si Kembar sudah berumur 1 tahun 10 bulan.
dan lewat malam ni, korang sudah tidur ke belum? ayah kat tempat kerja lagi ni, balik lambat sikit.. mengantuknya..........
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...