Monday, November 7, 2016

Buku Kartun Azhar Azfar

Pagi ni Azhar Azfar cuti sebab sukaneka semalam. Biasalah meja mama ni meja kembar juga. Jenuh ajak baca buku sekolah agama ada periksa petang ni. Tapi buku lain yang dorang ambik. Baca jugalah buku jawi tu tapi adalah kot sepuluh minit je.


Akhirnya mama pun baca sekali baca buku ni hihi. Seronok je baca buku kanak-kanak ni penuh imaginasi takde stress langsung. Baca pun dengan budak-budak jadi gelak jelah. Majalah kuntum tu pun banyak juga pengisian untuk pelajar. Ada komik, cerpen, latihan matematik tapi kalau untuk tahap kembar ni lebih suka tengok gambar hot wheels kat helaian belakang sekali majalah ni dan juga cerpen dan apa lagi kalau tak gunting, mama selalu jadi penyelamat majalah dan buku daripada jadi mangsa gunting. 

Sebelum tu habis juga baca novel Arif dan Iman. Tapi novel ni masih ditulis dan belum diterbitkan. Penulis minta saya komen plot penceritaan dan watak. Syabas untuk novel ini semoga berjaya hingga ke layar perak. Hihi nama pelakon pun kami dah siap bincang kalah produser dan penerbit.

Dari Kepala Batas ke New Haven tulisan Ashadi Zain juga mencuri hati ni. 
'Aku mahu menjadi burung. Aku mahu terbang melayang menerokai angkasa raya. Aku mahu bebas selama-lamanya.' 

Kembar ni lagi setengah jam nak pergi sekolah terlelap dengan baju sekolah...

Wednesday, April 6, 2016

Azhar Azfar Di Pantai Teluk Ketapang Kuala Terengganu

Bila dah balik kampung, selain ziarah Tok Ki dan Nenek, Pantai tidak dilupakan.. ayah kan orang Terengganu, takkan la tak bawa anak-anak dan isteri pergi pantai kan..

Pantai yang menjadi pilihan kami anak beranak adalah Pantai Teluk Ketapang. Setiap kali balik kampung, petang-petang mesti pergi pantai main air. Kebetulan sekarang ini musim ketam.. hajat nak tangkap ketam tapi ombak kelihatan agak besar.



Azhar Azfar sangat seronok la bila ajak ke pantai. macam biasa, keropok lekor dan air kelapa jadi santapan kami di tepi pantai... kebiasaan kalau 3 hari duk kampung, 3 hari la jalan-jalan di pantai. kalau bab mandi laut, ayah la yang lebih...kalau balik tak basah, memang tak sah...

main-main ombak sebelum mandi laut






cantik kan suasana di perkampungan nelayan

motor masih boleh digunakan lagi

Azhar Azfar cuba menangkap anak ikan

banyak anak ikan kecil-kecil kat gigi air


dapat juga akhirnya anak ikan dengan dibantu oleh ayah


bawa nenek, pok su tah dan pok teh jalan-jalan pantai


Tuesday, April 5, 2016

Azhar Azfar Balik Kampung, Kuala Terengganu

Lama betul Azhar Azfar tak balik kampung Terengganu ziarah Nenek dan Tok Ki. Setiap kali ayah call nenek, mesti nenek cakap yang nenek rindu nak tengok azhar azfar.

Alhamdulillah.. Jumaat, Sabtu, Ahad lepas dapat juga kita bercuti di kampung, Ziarah nenek dan tok ki. Alhamdulillah nenek tok ki sihat.

Bawa Tok Ki Jalan-jalan. Then Beli keropok kat Tok Jiring. Tok Ki drive 

Erm...sedapkan keropok lekor rebus panas-panas


Ayah pun lama tak bawa korang balik kampung di Terengganu. Azhar Azfar pun rindun kan kat Nenek dan Tok Ki...

Waktu magrib, azhar azfar bagitau nak pergi solat kat surau kampung ayah.. ok lah... jom follow tok ki... sabil bawa azhar azfar ke surau Kampung Padang Pisang, ayah pun berceritalah kisah ayah waktu kanak-kanak dulu, tok ki selalu bawa ayah solat di surau ni... sekarang ayah bawa azhar azfar pula..

Inilah Surau Kampung Padang Pisang

Pok Harun jadi bilal kat surau ni..

Azhar Azfar pun seronok dapat ikut Tok Ki pergi surau.


Ayah masih ingat, waktu ayah kanak-kanak ayah pernah azan subuh di surau ni...



In Syaa Allah azhar azfar, kita balik kampung lagi yer jenguk tok ki dan nenek.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...